Khamis, Februari 18, 2010

Hentian Mahkota, Batu Pahat.

Hentian Mahkota Pt. Simin, Batu Pahat


Jalan masuk ke Hentian Mahkota

Petang tadi entah macam mana hati tergerak untuk ke "Hentian Mahkota" di Parit Simin,
Batu Pahat. HM hanyalah satu kawasan perkampungan nelayan yang terletak dipersisiran pantai Selat Melaka. Oleh kerana hanya tempat inilah sahaja yang sesuai untuk dijadikan kawasan untuk bersantai, maka pihak kerajaan telah membina semula tempat ini dengan membina gerai- gerai dan juga kemudahan yang sesuai untuk para nelayan.


ambil angin di waktu petang

deretan kereta di kawasan letakereta

padang permainan disediakan

deretan bot-bot nelayan

wakaf untuk berehat para nelayan

deretan kerusi dan meja untuk menjamu selera

bot-bot nelayan

menikmati keindahan selat melaka sambil minum-minum
suasana diwaktu petang

pantai berlumpur

kehadiran monyet untuk sama-sama "ngeteh" dengan pengunjung

ikhlas daripada:
Photobucket

9 ulasan:

rondo-ayu berkata...

'ngeteh' waktu malam pun syahdu jugak

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum,
Ayunya tempat & enaknya ngeteh di kawasan gitu! Kesewun.

maiyah berkata...

monyet cenggitu le satu tika dulu melompat ke kepalaku huhuu fobia

KUNTONG berkata...

'rondoayu'/amir:
memang syahdu, ttpi x brapa meriah kalau sorang-sorang.

KUNTONG berkata...

Temuk:
indah kata dari nyata, memang tmpat ngeteh , ini brdekatan dgn kg amirhamzah,zedmagel dn rouslenz.

KUNTONG berkata...

maiyah:
mungkin dia nak mintak makanan kot, jgn takut.

Mak Su berkata...

teringat masa saya belajar di melaka dulu, selalu juga makan2 di kedai2 yang berlambak di tepi pantai di kledang..... syahdu

noorlara berkata...

memang tak pernah dengarpun fasal parit simin tu tapi kalu di naiktaraf dan diberi publisiti sewajarnye hakak percaye tempat tu bleh jadik tarikan pelancong ke batu pahat.

Ade ketam tak bile waktu air surut tu

zedmagel berkata...

Salam Saudaraku Kuntong,

Tempat yang tuan siarkan di N3 kali ini memang sangat menarik. Kebetulan saya orang situ, saya sering membawa tetamu saya dari luar untuk bersiar di Hentian Mahkota, saya sangat rindu pada bau angin laut dan pantai yang berlumpur.

Jika ke BP bukan sahaja Hentian Mahkota, Kolam Air Panas Gersik, Telaga Minyak Beku, Batu Putih, Pekan Air Hitam, Hutan Simpan Bukit Perdana dan Water World Bukit Pasir adalah antara tempat yang menarik di BP untuk dilawati.

Tuan lain kali siarkan gambar dan cerita tempat-tempat yang saya sebutkan tadi untuk tatapan blogger luar. Tuan kan pemberita Bahagian Pelancungan daerah Batu Pahat. He..he..