Sabtu, Februari 20, 2010

Di sepanjang perjalanan dari BP-Skudai-BP.

RR Machap diwaktu siang (imej dari photobucket)

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat dari Skudai lewat malam tadi, banyak topik yang dibualkan oleh rakan-rakanku.

Dari soal-soal pekerjaan, bisnes, soal-soal politik, perpecahan orang Melayu, nasib umat Melayu di negara Malaysia andai Melayu tidak bersatu kembali, persepsi orang muda terhadap pemerintah negara, ketaksuban terhadap sesuatu parti dan lain-lain perkara yang kadangkala dapat aku dengari dan tidak kerana diwaktu itu diri ini amat mengantuk.

Rima seorang blogger menyatakan bahawa suasana politik Melayu sekarang berada di dalam satu keadaan yang mencemaskan. Andaikata umat Melayu tidak bersatu, maka kita akan mengalami satu keadaan seperti apa yang terjadi kepada kerajaan Melayu Melaka yang hanya tinggal sejarah. Menyingkap sejarah lalu, beliau menyatakan bahawa diwaktu itu orang Melayu berpecah sesama Melayu dan akhirnya pihak luar mengambil kesempatan di atas kelemahan dan akhirnya Kerajaan Melayu Melaka lenyap. Tambahnya lagi sejarah ini eloklah dijadikan tauladan dan ingatan kepada kita semua.

Dan apa yang saya ingat sebelum saya terlelap ialah pharsa yang dinyatakan oleh Saudara Rima tentang dua perkataan yang mempunyai makna yang berbeza iaitu tentang konsep "adil" dan konsep "kesamarataan".... diantara rakyat negara kita.

Saya tersedar dari terlena setelah dikejutkan oleh Zed semasa kami berhenti untuk minum-minum di RR Machap. Jam waktu itu menunjukkan jam 2.01 pagi.


ikhlas daripada:
Photobucket

2 ulasan:

rimaJOHOR berkata...

Apa bezanya 'adil' dan 'samarata' tu abang Kuntong sayang? Adik keliru sikit la......

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong dan Adik Rima sayang,

"Samarata" - semua sama dapat, dengan jumlah unit yang sama.

Adil - yang anak lebih macam saya dapat banyak. Yang anak sikt macam penulis N3 ni dapat sikit jumlah unitnya. Ini yang UMNO perjuangkan dan Samarata parti pembangkang kehendaki.

Tak begitu abang kuntong?