Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: ‘Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu’. [Riwayat al Bukhari]
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Ambil air wuduk sebelum tidur atau jangan batal wuduk.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: ‘Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]
4 ulasan:
nak kene hati2
hi pkcik...
cinta xbuta..org y bercinta tu buta dgn perasaan sendiri..sampi xboleh menilai mana yg lagi baik...n tq atas info tamar tu yer...
Cinta itu buta, dan boleh membutakan... lirik lagu ruffedge.. betul atau tidak, terpulang kepada insan yang bercinta...
Salam Tuan Kuntong,
Cinta tidak buta. Cinta itu maha indah, terkadang kita sangat asyik dan masyuk dengannya.
Bukan kata anak gadis sahaja yang lari mengikut pendatang. Ramai gulungan dewasa ibu dan bapa-bapa lari mengikut pendatang pulang.
Jadi awasi diri sendiri.
Catat Ulasan