Selasa, Februari 23, 2010

Butakah cinta itu?



Sejak akhir-akhir ini banyak kita baca di dada akhbar kisah anak dara (budak perempuan) tempatan lari mengikut teman lelaki yang kebanyakannya berasal dari Indonesia, terutamanya lelaki dari Kepulauan Lombok.
Mengapakah ini berlaku, adakah budak perempuan ini benar-benar sudah jatuh cinta dan terus melupakah ibubapa dan sanggup mengambil risiko yang akan dihadapi asalkan dapat bersama dengan teman lelakinya atau adakah budak perempuan ini sudah disihir dengan ilmu hitam atau apa-apa juga ilmu sekali pun sehingga seolah-olah dunia ini sudah tidak ada gunanya tanpa teman lelakinya itu.

Diharap kita sebagai ibubapa supaya berhati-hati dengan fenomena yang sangat-sangat tidak mengembirakan ini.Berusahlah untuk menghindarinya. Dan salah satu jalan untuk mengelakkan ilmu hitamyang sempat saya salin dari bharian online ialah seperti di bawah. Semoga Allah memberkati usaha kita. Amin.

Buah tamar


Amalkan makan Tamar Najwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: ‘Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu’. [Riwayat al Bukhari]


Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T.


Ambil air wuduk sebelum tidur atau jangan batal wuduk.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Ertinya: ‘Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]









4 ulasan:

maiyah berkata...

nak kene hati2

farahfatihah berkata...

hi pkcik...
cinta xbuta..org y bercinta tu buta dgn perasaan sendiri..sampi xboleh menilai mana yg lagi baik...n tq atas info tamar tu yer...

Hunny berkata...

Cinta itu buta, dan boleh membutakan... lirik lagu ruffedge.. betul atau tidak, terpulang kepada insan yang bercinta...

zedmagel berkata...

Salam Tuan Kuntong,

Cinta tidak buta. Cinta itu maha indah, terkadang kita sangat asyik dan masyuk dengannya.

Bukan kata anak gadis sahaja yang lari mengikut pendatang. Ramai gulungan dewasa ibu dan bapa-bapa lari mengikut pendatang pulang.

Jadi awasi diri sendiri.