Rabu, Februari 24, 2010

Belajarlah silat, wahai kaum wanita !

Seni Silat Melayu

Seni Silat Gayung

Akhbar Utusan hari ini ada menyiarkan berita tentang wanita-wanita di Kenya Nairobi mempelajari seni mempertahankan diri karate untuk mengelakan diri dari dirogol. Walaupun apa yang kita lihat di dalam imej tersebut ialah wanita-wanita yang kelihatan sudah berumur, tetapi semangat untuk belajar karate masih tetap ada.

Belajar karate untu pertahan diri (imej dari Utusan)

Justeru saya sarankan kepada wanita-wanita di Malaysia agar mempelajari silat atau apa jua jenis seni mempertahankan diri dengan tujuan untuk mempertahankan diri dari dirogol atau diragut. Selain dari itu dengan mempelajari seni silat, sekurang-kurangnya kita dapat meneruskan dan menghidupkan kembali warisan bangsa yang semakin pupus. Setidak-tidaknya dengan kemahiran yang ada pada setiap wanita atau lelaki, semangat juang yang ada pada Hang Tuah dan Tun Tijah atau Tun Fatimah dapat diserapkan ke jiwa anak bangsa demi mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.



6 ulasan:

Dee berkata...

dulu2 nk belajar silat arwah abah x kasi..skrg dh malaslah pulak..bz..hehehe..

Temuk berkata...

Salam Kuntong
Ada tak perempuan bersilat hormati pengantin & jabat tangan pengantin perempuan saja? Sirius saya bertanya ni; maklumlah mungkin ada perkembangan baru. Yg lelaki bersilat hormati pengantin & menyalami pengantin lelaki (biasanya masa bersanding diluar rumah) kerap saya lihat.

KUNTONG berkata...

Dee:
Bleh blajar teknik-teknik "pertahanan diri yang mustahak saja."

KUNTONG berkata...

Saudara Temuk:
Setakat ni d tmpat saya, belum ada org pompuan silat pengantin dn brsalaman dgn pngantin pompuan. Kalau lelaki dn bersalaman dgn pngantin lelaki tu adalah. Ttpi yg mustahak ialah silat "self defence" dn tindak balas.

Syah_Putra berkata...

silat gayung = kite dh dpt tali pinggang putih

zedmagel berkata...

Aduii sakitnya badan kena silat dengan Mahaguru Kuntong ke JB dan Kluang....