Sabtu, November 07, 2009

Merisik dan meminang < Johor / Terengganu>


Hari ini saya menghadiri satu majlis pertunangan diantara Nadia Hana Bte Afendi dari Batu Pahat dengan Khairul Sani Bin Ramli dari Terengganu. Tiga majlis dijalankan serentak, iaitu majlis merisik, meminang dan terus diadakan majlis pertunangan.

ibubapa pihak perempuan

pihak lelaki merisik /terus meminang


sanak saudara turut hadir


Berbaju putih-Mohd Khaizar Bin Omar salah seorang dari rombongan pihak lelaki, diberitakan akan bernikah pada 2 Januari 2010.

Saya mengucapkan terima kasih pada Encik Khaizer Bin Omar kerana menjemput saya
dalam majlis perkahwinannya pada 02.01.2010 yang akan berlangsung di Dewan MBSA Seksyen 11, Shah Alam.

Insa'allah kalau tidak ada halangan saya akan hadir. Kepada yang bertunang saya doakan agar disampaikan segala hajat-hajat dan kepada Encik Khaizer Bin Omar dan bakal isterinya
Shahida Nafisa Bte Mohd Sahar semoga berbahagia dan
"Selamat Pengantin Baru"
.

13 ulasan:

Maiyah berkata...

slmt brtunang, jgn tunggu lama2 :D

Leenoh berkata...

Selamat bertunang.

Nampaknya sudah ada sebab utk ke Shah Alam, mai jangan tak mai.

TuYa berkata...

salam Pk..
agaknye bile lak kita nak merasanasik minyak si kojah kg separap tu kan?lama dh tggu nih..

zai berkata...

Salam Pak Kuntong...

Semoga segala2nya berjalan dengan lancar hasil bantuan pak kuntong..

Zai sendiri pernah ikut rombongan merisik dan meminang beberapa kali..bermacam2 kenangan indah yang dilalui..tapi yang sedihnya selepas berkahwin tau2 dengar ada yang dah bercerai walaupun Mahligai yang dibina baru setahun jagung..

Orang2 muda zaman skrg kurang sabar agaknya tak macam orang dulu2..walaupun tak pernah kenal sebelum berkahwin ttp bahagia hingga ke hujung nyawa.

KUNTONG berkata...

maiyah : Yang baik sekarang ialah bertunang dan terus nikah. Itu yang afdal. Kalau x, nnti takut.........

KUNTONG berkata...

Leenoh : Insaallah Sdr Leenoh, kalau x ada aral yang menghalang.

KUNTONG berkata...

Tuya : Entah le Tuya, rasa-rasa macam x lama lagi kot...Si kojah tu la ni tengah dalam sampan yang dilambung ombak.....(agaknya) kalau di lihat dari N3nya yang banyak berkisar ke arah itu. Hambo doakan agar cepat. Dan kalau 2ya dan hubby u nak rasa nasi minyak, boleh dtg ke BP dan kita dua famili boleh pekena nasi beryani yang gam dan yang x gam. tapi kena inform dulu le....

KUNTONG berkata...

Zai : Entah lah Zai...zaman ini bagi sesetengah orang berumah tangga dilihat sebagai kesempatan untuk"melepaskan hawanafsu sementara secara sah".Dan cintanya boleh diibaratkan sebagai cinta fotokopi sahaja. X seperti orang zaman dahulu (pun x semua )cintanya kpd rumahtangga amat sejati dan padu (macam I agaknya)(perasaan).Rela berkorbqan demi menjaga keutuhan rumahtangga walaupun terkoran ketika berkorban.
Kita berumahtangga untuk melanjutkan zuriat yang beriman untuk masa hadapan(walaupun ada unsur-unsur nafsu yang biasa), tetapi mereka berumahtangga berdasarkan kepada hawa nafsu serakah yang tidak dapat dikawal.

Terima kasih Zai...salam pada hubby u.

attyfir berkata...

selamat bertunang..

Neeza.Areef berkata...

jauh nye g minang

KUNTONG berkata...

atty : mudah2an berpanjangan .

KUNTONG berkata...

neeza : kalau dah suka neeza, di khutub utara pun gi pinang, inikan pula di Johor. lee dkat aja tu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Tak lama lagi musim mengawan akan bermula bila budak-budak dan cikgu dah ta g sekolah. hehehe