Jumaat, Oktober 02, 2009

Tak betul lagi.


Rombongan marhaban kampung

Hampir seminggu line internet saya tidak berapa baik. Dah panggil orang yang tahu tentang perkara ni, tetapi sekejap ada dan sekejap tak ada, apabila nak klik blog kawan-kawan jawabnya "not available". Naik pening dibuatnya.

( Hei...rosak lagi....)

Entri ni pun nasib. Sementara boleh saya pun luahkan segala perasaan kecewa di ruangan ini. Mudah-mudahan apa yang terkandung di dalam dada ni dapat dikeluarkan. Taklah disimpan di dalam hati, takut busuk dan merosakkan fikiran yang memang sudah kusut dan berserabut. Mudah-mudahan dua tiga hari halangan ini dapat diatasi.

Agaknya komputer ni pun dah penat. Ia perlu berehat. Dan pasti ianya ada hikmah yang kita sendiri tak tahu.

Diruangan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Leenoh tuan punya blog "kehidupan bersih"yang sudi berhariraya ke rumah saya. Insa'allah saya akan membuat kunjungan balas satu hari nanti.

Kepada mereka yang sudi datang tu, datanglah, kepada yang tak sudi, apa nak buat. Walaupun dekat tetapi kalau tak sudi,tak akan sampai juga.

Dan pagi Sabtu 3.10. 2009 Saudara Rouslenz bertandang ke rumah saya untuk berhariraya. terima kasih Lenz.

Sekian untuk kali ini.

4 ulasan:

T.u.Y.a berkata...

salam Pk..
dah sampai rumah ye marhabannya..
seronok kan marhaban dr rumah kerumah..

hurmmm..kalau le Tuya dekat je kat sna..uwaa!!!

J@J@ / Bini The Rock berkata...

heheheh...

cam kena tempias jerk!!!

Leenoh berkata...

Salam Sdr.Kuntong.

Kesan Tsunami kot.

zedmagel berkata...

Sabor aje lee......