Jumaat, Oktober 02, 2009

Jumaat Keliwon 2.

Malam ini malam Jumaat, tetapi saya tak tau malam Jumaat apa. Dalam kalender orang Jawa ada Jumaat keliwon, Jumaat Legi, Jumaat Wageh, Jumaat Pon dan macam-macam lagi yang saya tak ingat.

Tetapi yang ditunggu-tunggu oleh orang Jawa ialah Jumaat keliwon. Dan yang ditunggu oleh semua orang yang dah berumahtangga ialah hanya malam Jumaat. Katanya malam Jumaat ni malam istemewa.

Kalau zaman saya kecil-kecil dulu, dia orang kata malam Jumaat ni di dalam Radio Malaysia ada rancangan nyanyi-nyanyi lagu "permintaan kaum ibu". Entah le saya pun tak faham dan buat-buat tak faham. Tapi bila dah besar dan dah miang-miang ni rasa-rasanya macam faham juga. Dan bila difikir-fikirkan balik, bukan hanya rancangan lagu untuk kaum ibu, rancangan lagu permintaan untuk kaum bapa pun ada juga, malah lebih hebat lagi.

Malam Jumaat keliwon atau hari Jumaat keliwon bagi orang yang berketurunan Jawa ialah raja
segala hari. Katanya konon, kalau hujan pada hari tersebut, air hujan tu hendaklah ditadah dan disimpan. Air dari tadahan hujan pada hari Jumaat keliwon tu, elok untuk dijadikan air penerang hati atau air penawar penyakit.

Kalau nak buat ilmu pengasih pun elok dibuat pada malam Jumaat keliwon ni. Katanya mujarab. Sesiapa yang kena dengan ilmu pengasih ni, alamatnya angau le dia. Lupa makan dan lupa minum, asyik ingatkan pada orang yang mengenakan dia. Entahlah ya, saya cuma dengar cerita dari orang tua-tua dulu, tapi tidak pernah pula tengok. Itu sebab pada zaman dahulu, orang perempuan kalau diusik atau di "ngurat" oleh orang lelaki jangan cakap xsyen atau meludah sebagai tanda tidak suka atau menyampah ke arah lelaki yang mengurat tu, nanti kalau diambil air ludah perempuan tu dan dikenakan ilmu pengasih...jawabnya dalam masa seminggu, bakal di bungkus baju dan lari mengikut orang lelaki tu.

Agaknya budak-budak perempuan yang lari ikut jantan dan tinggalkan keluarga seperti yang kita baca diakhbar sekarang ni, dah kena "guna-guna" agaknya. Itu sebablah kita kena jaga dan nasihat dengan bebudak perempuan ni, jangan lupa baca ayat kerusi atau selawat nabi bila nak keluar jalan-jalan, sebagai pendinding diri dari terkena sihir yang jahat . Dan kita yang dah berumah tangga dan dah waktu asar ni, janganlah mengada-ngada nak mengurat lagi atau nak buat cawangan lagi. Cukup lah dengan HQ yang ada. Jaga baik-baik. Jangan bagi syarikat tu bankrap, nanti orang bawah semuanya susah, porak peranda.

Eh...lupa menaip ni..rupanya malam Jumaat ya.....eh...ada permintaan kaum ibu....begitu le pulak. Maaf zahir dan batin.

9 ulasan:

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Saya melalui Hari Jumaah Keliwon dalam keadaan biasa-biasa saja. Bengi ke, esuk-esuk ke pun yang biasa je.

Nasihat saya, Yang muda cari le pasangan, yang dah tua cuba le tambah-tambah, untuk membarkahi Begi Jummah Keliwon.

zai berkata...

Salam Pak Kuntong..

Sekarang baru zai faham apa maksudnya jumaat keliwon..patutlah semua suami2 selalu nak balik awal hari khamis malam jumaat...gitu rupanya yer..hehehe..

Itulah hikmah perkahwinan kan...perhubungan halal yg indah apatah lagi sekiranya disulami dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan Rasulnya..

J@J@ / Bini The Rock berkata...

xD

ahahahha...Jummat Gondorowo le cikgu mlm tadi.

Cikgu dah habis bara'an?

Cikgu, mgu depan dah boleh start konvoi x? Kita amek hari ahad 11/10..boleh?

KUNTONG berkata...

Dah le tu..satu cukup le Zedmagel..kalau lebih nanti ...world war.

KUNTONG berkata...

Begitu lah Zai.. hubungan yang indah disertai dengan keimanan yg teguh akan menambahkan lagi seri rumahtangga yang bahagia.Selamat hari Raya.Maaf Zahir Batin.

KUNTONG berkata...

Jaja: Nanti saya tanyakan dengan kawan-kawan, kalau diaorang ok saya on aja. X kisah.

hai berkata...

salam ziarah,
dulu zaman saya masih bersekolah menengah...mak saya penah pesan kalau ada orang usik2 atau ngorat ke jgn sesekali meludah atau simbah org tu dengan air(air bekal)...kalau tak suka buat dekk je dan jgn cakap apa2, kira buat bodo je la....hehehe..dia dah penat,dia blah le!!tapi memang berkesan....
biar la org kata sombong dari orang kata gatal!!

Leenoh berkata...

Salam Sdr.Kuntong.

Sekarang pun masih ada sihir jahat tu, masih ada yang sering berjumpa Bohmau.
Agaknya kurang berfikir pasal iman kot.Bersyukur kepada Allah kerana kita tidak termasuk di dalam golongan itu.

KUNTONG berkata...

Hai :apa yg diberitau oleh ibumu adalah tepat sekali.

Sdr Leenoh : manusia sering lupakan akan balasan atas perbuatan itu.