Selasa, Oktober 06, 2009

Malam ramah mesra

Bersempena dengan Hari Raya yang mulia ini, saya Kuntong dengan ini menjemput kawan-kawan blogger Batu Pahat / blogger-blogger lain yang sudi,untuk sama-sama hadir dimajlis ringkas "Malam Ramah Mesra " yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh - 06.10.2009.
Masa - Jam 8.00 malam.
Tempat - 30 Kampung Mampan, Spg. Lima,
Batu Pahat.

Dimaklumkan blogger seperti di bawah dijemput hadir sama :

1. Rouslenz - Distortions.
2. Amirhamzah - Segalanya Mungkin.
3. Zedmagel - Garden in the home.
4. Eiza - Eiza in the house.
5. Jaja - Jaja bini the rock.
6. Neeza - Neezareef.
7. Cute miut.

Dimajlis itu nanti boleh kita berkenalan diantara satu sama lain, dan bawalah famili sama.
Sekian. Terima kasih.

12 ulasan:

TuYa berkata...

selamat beramah mesra ye kawan2..
sob sob sob!!!
Tuya ngintai dari jauh je la PK ekk..

Leenoh berkata...

Salam.

Semoga pertemuan itu akan membawa berkat dan mengeratkan lagi silaturrahim.

Tanpa Nama berkata...

Salam Cikgu,

malam ni yea....
insyaAllah saya datang dgn membawa perot yg kosong...

xD

lps tu boleh la bincang pasal konvoi ahad ni ye cikgu..jadi ke tak? saya nak standby beli brg je ni...

Dee berkata...

neeza, rina cutemiut n jaja..eh..better u oll pegi..mkn utk dee skali eh..

ieyza berkata...

InsyaALLAH....kalau takde halangan..pasti dtg

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Woiyoooo....BP Blogger membuat Majlis Mesra Hari Raya, macam rugi jika tak datang. InsyaAllah sampai..

Apa menu jamuan?, mesti sedap masakan orang-orang BP ye tak?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Selamat memasak........

Kami datang nak makan......

lenz berkata...

nak kene rewang ke ni hehe...

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Tahniah berjaya menjayakan Majlis Malam Mesra blogger BP. Menua dan hidangan sangat sedap dan menarik. Rumah pun meriah.

eiza in the house.. berkata...

Salam Pakcik..
Syukur semuanya berjalan ngan lancar...smpai ada org tu nak balik tp duduk balik semua..sbb nak join bro2 dia..hehe

KUNTONG berkata...

temakasih kpd semua yg sudi datang.kami sangat gembira diatas kesudian anda: neezareef, jaja, zed, lenz, amir, eiza, leyZa dn semua yang sudi.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

terima kasih kerana menjamu makanan yang sedap dan penak......hehehe