Khamis, Oktober 01, 2009

Kisah "meraban" bukan Marhaban


Salam semua :
Dah seminggu internet tidak berapa baik, sekajap ada dan sekejap tak ada. Macam iklan biskut kat tv. Dah panggil pakar betulkan, pun tidak berapa lancar, kadang-kadang nak buat komen kat kawan-kawan asyik "not available" aja. Bila tengok blog sendiri kemudian nak ling kat kawan-kawan tersangkut le jawabnya. Nak betulkan sendiri memanglah tak reti. Takut macam tikus membaiki labu.

Walau pun begitu, aku dah beli modem baru, dan tinggal nak betulkan "wire" nya, mungkin urat-urat dia ada blok, macam manusia juga, bila banyak makan lemak, maka saluran darah semangkin sempit.Maka perjlanan darah tak lancar, maka jadi le darah tinggi atau sakit jantung. Komputer pun macam tu jugak agaknya.

Dah biasa ngadap int ni, kalau seminggu tak ngadap macam lain sikit . Macam pengantin baru le...seminggu tak tengok isteri kan rasa rindu. Lain le orang yang belum kawin. Tak rasa apa-apa, cuma ingatkan boy atau girlfriend, atau ingatkan "fiance" tunang.Tak dapat tengok tunang, tengok bumbung rumah pun cukup. Ini kisah orang dulu-dulu bertunang le...nak jumpa tunang macam sekarang..kang di hambat bakal bapa mertua. Orang sekarang bertunang boleh berhubung 24 jam, ialah pakai hp, dan boleh bawa kemana saja. Orang bertunang sekarang dah tak macam dulu. Boleh bawa jalan-jalan. Itu sebab sekarang kalau bertunang jangan lama-lama. Nanti masuk angin.
Orang dulu bertunang lama sampai 3 atau 4 tahun, taknya seksa tu. Sebab dalam masa tu le kita kena kumpul duit nak kawin.
Eh.. merepek pula orang tua ni....dah le.Cuma nak bagi peringat, kalau bertunang tu jangan lama-lama. Cepat-cepat. Kalau lambat-lambat, nanti di kebas orang.

Ini cuma edisi percubaan dalam keadaan internet yang belum 100% sihat.Ok....Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.






4 ulasan:

zai berkata...

Salam Pak Kuntong..

N3 Pak Kuntong yang paling ceria bagi bulan Oktober hehehe..mcmla dah banyak N3 Pak Kuntong utk bulan Oktober dah kuar kan...

Suke dgr nasihat pak kuntong kpd orang2 muda yg bertunang dan masih belum kahwin tu..mcm terkenang zaman dulu jer tu hehehe...gurau jer ye pak kuntong..

KUNTONG berkata...

Zai: hanya tinggal kenangan aja le Zai. Selamat Hari Raya Zai,,,maaf zahir dn batin.

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

N3 yang pengap - Line Internet Rosak - Bertunang - Dan jangan Bawa Tungan Jalan-jalan.

Pengap tapi satu nasihat yang baik.

KUNTONG berkata...

kkkkkkkkkkkk