Rabu, Oktober 07, 2009

Kalau jodoh bertemu jua.....

Orang tua-tua dulu ada menyatakan, ikan di laut, asam di darat, kalau ada jodoh, bertemua jua akhirnya. Dan wadah pertemuannya ialah di periuk, samada dimasak gulai ke, asam pedas ke...pokoknya sudah bertemu dan bersedia untuk jadi santapan.

Begitulah juga dengan jodoh manusia diantara lelaki dan perempuan. Kalau sudah jodoh, macam mana sekalipun, kalau sudah jodoh, bertemu juga.
Bercakap tentang "mencari Jodoh" kita kena juga berusaha dan kena juga dicari. Kalau tidak dicari, manakan bertemu atau dapat. Mengenaai jodoh ni, memang pelik. Mengapa saya kata begitu ? Apa taknya...kalau bukan jodohnya.....berkawan bagai nak rak....diusung ke sana ke sini...macam belangkas....akhirnya tak kawin juga.Dan sebaliknya pula kalau dah jodoh tu....walau jauh macam mana sekali pun dan tidak pernah berjumpa sebelum ni...tetapi bila bertemu buat kali pertama saja....hati dah terpaut...tup-tup bertunang...dan seterusnya kawin.
Saya teringat dengan satu kisah "kawan " tentang jodoh ni. Ceritanya secara ringkas begini.

Semasa di maktab, si lelaki ni memang tidak berapa suka atau senang cakapnya sangat "benci" dengan seorang pelatih wanita, tak tau pulak mengapa? Dan budak perempuan ni pulak juga sangat benci dan menyampah dengan pelatih lelaki ni. Mereka berdua ni sangat benci membenci diantara satu sama lain. Macam kucing dengan harimau. Setelah keluar dari maktab, kami pun bertaburan ditugaskan di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Tetapi setelah beberapa tahun, saya amat terperanjat bila menerima surat jemputan bahawa mereka akan berkahwin. Maknaya mereka bertemu jodoh atau ada jodoh. Padahal mereka ni dulu...kus semangat. Dan sampai sekarang, pasangan ini dah dianugerahkan dengan anak, kalau tak silap saya 10 orang.
Dari cerita ringkas di atas, kita boleh le ambil pengajaran, bahawa kita kalau membenci seseorang, janganlah terlalu benci, dan kalau suka pun jangan le pulak 110 peratus suka.
Ini semua takdir tuhan.

Sekadar renungan:
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

17 ulasan:

zai berkata...

Salam Pak Kuntong..

Sangat tepat kenyataan pak kuntong tntg ada pasangan suami isteri berkahwin bermula dengan cerita permusuhan diawal perkenalan..

Saya ada seorang kawan macam tu..masa kat sekolah macam anjing dgn kucing, kutuk mengutuk,bila terima kad jemputan macam terkejut beruk melihat mereka yg berkahwin..

Itulah jodoh namanya..Zai dulupun tak berapa sukakan suami, macam2 buat untuk mengelak dari dia tapi akhirnya tewas jugak..hehehehe tapi bukan benci cuma kurang minat...alhamdulillah sekarang sangat bahagia..

eiza in the house.. berkata...

salam pakcik,
betul tu pakcik..tp cmne pulak klu kita dh tunjuk riak suka tp dia buat dek je..tu masuk kategori mana pulak tu..lari topik la pulak..huhu

Tanpa Nama berkata...

takdir Tuhan....

tp mcm kelakar jugak kan..org yg dulu dibenci, skrg dah jd pasangan hidup...hehehhe

Semoga berbahagia lah hendaknya sampai akhir hayat...

eh! ni jemputan kawin yg kat KL tu ker cikgu?

Hunny berkata...

Salam Wak Kuntong,

Seronok membaca entri kali ni.. Macam terasa pulak, sebab tak pasti lagi yang mana satu jodoh saya. Sama ada yang saya benci ker, atau yang saya suka. Tak kisahlah memana pun. Yang paling penting, bahagia di dunia dan akhirat :)

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Dah selamat mempelai tu, yang tua kena banyak bersabar sajelah melihat pengantin baru. Apa nak dikata?

KUNTONG berkata...

Zai:dulu org kata sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya. Tapi skrng lain.gaduh dulu sebelum nikah, dah kawin tak payah nak sergah. he...he...betul ke ni.

KUNTONG berkata...

eiza: dia buat dek kerana dia pun takut juga tu...org lelaki ni ada yg malu-malu (macam say dulu le...)takut cintan x brbalas atau tepok sebelah tangan. katakan yg benar, kerana yg benar itu akan sentiasa menang.

KUNTONG berkata...

jaja bini the rock: ini ceta betul-betul kenyataan.bukan khayalan le (macam ceta pendekar bujang lapok pulak.) he...Tq for coming.

KUNTONG berkata...

hunny :buat solat istiharah, minta pertunjuk Allah swt. Lepas tu minta pendapat kedua orgtua. (jangan pinta pendapatan plak).

KUNTONG berkata...

Zed: X apa le kalau gaduh dulu sebelum kawin sonang ceta, tapi kalau gadoh lpas kawin banyak cetanya. penuh pulak kes kat mahkamah syariah. (penat pula kawan kita si Hunny tu)

Maiyah berkata...

mmg jodoh takkan kemana, kalo sapa yg masih disapa jodoh tu gunalah dgn sebaiknya :)

hai berkata...

salam wak,
baru2 ni saya baru diberitau oleh kawan zaman sekolah.. orang yang paling dibencinya zaman tu baru beberapa bulan lepas menjadi suaminya....memang berita paling mengejutkan kerana saya kenal mereka...dan dulu kerana marahkan budak laki tu dia penah mengeluarkan kata2 "dia ni kalau pinang aku,x hingin aku nak terima...!"!dia bertemu jodoh setelah menjadi balu....8 tahun lepas...lihat la kuasa Allah!!

KUNTONG berkata...

hai : ini menunjukkan bahawa lelaki tu memang cintakan dia, walaupun dah jadi janda. Itu semua kuasa tuhan. E2lah sbb kalau benci atau suka jangan keterlaluan, sedang-sedang sahaja.Ini semua jadi ingatan kpd kita semua. bukankah begitu ...Sdri Hai...?

eiz berkata...

salam perknalan dri sya eiz..
lhir n mmbesar di pt tebing tinggi, bt phat n skrg bkerja di sgamat..

Syah_Putra berkata...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

tok wahit minta maaf banyak-bnyak ea blum sempat nak beraya kerumah tok wahit sebab tengah peperiksaan akhir semester sekarang ni.

DAN APABILA tok wahit mengeluarkan artikel ini sayu rasanya hati ini dan tahan juga air mata ini daripada mengalir.

Saat2 tengah sibuk ulangkaji dan saat2 nak peperiksaan ni ketika inilah ujian Allah datang menguji akan hambanya yang lemah ni, putus sudah kasih sayang, mungkin sudah takdirnya dan ada hikmahnya. Kata orang cerdik pandai " apabila Allah tarik sesuatu nikmat, Allah akan gantikan dengan sesuatu hadiah yang lebih baik, dan hadiah yang terbaik adalah hadiah daripada Allah SWT.

InsyaAllah nanti dah habis periksa saya berya umah tok wahit ea

KUNTONG berkata...

eiz :Tq krna sudi singgah d blog sya. dn saya pun ada sedara di tebing tinggi. entah-entah kita brsaudara.

KUNTONG berkata...

SyahPutera:
Tumpukan sepenuhnya pada peperiksaan anda, semoga anda brjaya dgn cemerlang. Saya doakan dri jauh.Tentang yang ilang tu jgn d risaukan pasti akan dtg yg lebih baik dri yg dulu.Insaallah.