Jumaat, September 25, 2009

Untuk penuntut di luar negara.


Kepada penuntut-penuntut dan warga Malaysia di luar negara terutamanya di Mount View, California Amerika Syarikat, kepada mereka yang singgah diblog saya, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada anda sekelian. Saya doakan agar anda semua berjaya dalam pelajaran dan jangan lupa bahawa anda adalah duta kecil negara.
Beraya di perantauan memanglah agak menyayukan hati, tetapi ianya akan menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan. Jangan lupa solat lima waktu, berdoa untuk kejayaan, dan berbaktilah kepada negara apabila balik ke Malaysia.

(imej dipetik dari google imej)

2 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Pandai memang le pandai. Pergi ke luar negara ni bukannya mak bapak dia yang tanggung.....Bila balik nanti....entahlah.....cakap Anwar Berahim dan Nik Aziz juga yang di dengornya. hehehe

zedmagel berkata...

Salam lebaran diperantauan kepada semua, saya juga pernah sekali merayakan aidifitri diluar negara. Tetapi jika kita bijak mengaturnya akan menjadi meriah dengan rakan-rakan yang senasib.

Tapi tak lah semeriah dikampung halaman sendiri.