Ahad, Ogos 16, 2009

Lembu oh lembu.


Lembu cucuk hidung: ( لمبو اوه لمبو )

Bila hari raya korban, ramai orang cari lembu untuk dijadikan korban. Menjelang hariraya, banyak daging lembu yang dijual di pasar-pasar dan di tepi-tepi jalan. Lembu pula banyak jenis-jenisnya. Hanya ahli yang membela lembu sahaja yang arif tentang jenis-jenis lembu.
ini gambar kerbau
Ramai orang menternak lembu, kerajaan pun menggalakkan kita membela lembu. Mereka yang membela lembu sampai beratus ekor atau beribu sudah boleh di panggil orang kaya. Makanan yang mashyur dari lembu pula ialah satey lembu, di mana-mana bandar ada orang jual satey dari daging lembu.
cow-face.jpg (200×150)

Orang Malaysia boleh makan daging lembu. Asalkan daging itu tidak mentah. Tapi yang hairan walaupun ramai orang makan daging lembu, tapi dia selalu kata ungkapan yang berbunyi " bodoh macam lembu". Ini bermakna dia makan benda bodoh. Kan pelik tu.......termasuklah diri saya.
Tetapi itu semua tidak penting, yang penting jangan jadi "lembu dicucuk hidung " sudahlah. Ini peribahasa Melayu, makna dan maksudnya tidak payahlah saya terangkan. Tuan-tuan dan puan-puan lebih maklum.

(Tahun 2009)
Kereta lembu sudah jarang-jarang digunakan.Sekarang ia sudah jadi daya tarikan pelancong
Kita bangsa melayu jangan jadi catatan sejarah di muzium yang menunjukkan satu bangsa yang PERNAH memerintah negara ini pada zaman dahulu.

1745226161_b40eff4170.jpg (500×500)

Muzium Negara

6 ulasan:

Maiyah berkata...

salam.. bodoh2 pun banyak guna.. mahal gak nak beli lembu

KUNTONG berkata...

Maiyah: Tu lah Maiyah, lembu di panggil bodoh, tapi harganya mahal... bodoh yang mahal le tu...he....he.....

lenz berkata...

emboooook....

KUNTONG berkata...

( kucing jantan): ngiew-ngiew meeerrrenehh yau, meeerreneh yauuu,

(kucing betina) ngggak mau, ngak mau......ngak mau....

(kucing jantan) : meerrenehh yau yau....

(kucing betina) : miau-miau.....mmmmau....mmmauuu

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Kisah lembu lak. Lembu punya susu sapi punya nama. Lembu dan sapi kan sama binatangnya. Tak gitu bro?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam pakcik,
Lembu punya susu, sapi dapat nama bermaksud orang lain yang buat orang lain yang dapat nama yang baik. Lembu dan sapi dua benda yang berbeza. Lembu ialah binatang, sapi tu gembala lembu. Lembu yang keluarkan susu, gembala/tuan lembu yang harum namanya. Tak gitu bro zedmagel