Budak 11 tahun korban keenam
KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa korban keenam jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini apabila meninggal dunia ketika di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, 8.30 pagi semalam.
( Disalin dari bharian online 04.08.2009)
Demonstrasi haram budaya politik jalanan
KUANTAN: Demonstrasi haram yang diadakan di bandar raya Kuala Lumpur kelmarin, bagi membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan budaya masyarakat Malaysia tapi budaya politik jalanan diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demonstrasi ancam nyawa, harta awam
MENGAPA kita tidak boleh berunding secara aman mengenai sesuatu isu? Bukankah kerajaan sudah memberi jaminan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikaji semula dan diperbaiki kelemahan prosedurnya? Adakah perlu perhimpunan sehingga mengganggu ketenteraman dan keamanan awam?
Perpecahan akibat perebutan kuasa punca umat Islam terus ditindas
SEJARAH perpecahan umat Islam bermula sebaik kewafatan Rasulullah SAW apabila ada pihak menolak kepemimpinan Khalifah Abu Bakar. Selagi manusia mampu dikuasai syaitan, perpecahan tetap berlaku. Syaitan berjanji memporak-perandakan seluruh keturunan Adam agar melakukan kemusnahan dan kerosakan di muka bumi akibat perpecahan.
Persaudaraan ummah kian longgar angkara nafsu
API ketika kecil menjadi kawan, apabila besar jadi lawan. Saudara mara hanya diingat ketika berada, bila miskin mungkin dilupa. Adik beradik cukup rapat ketika kecil, apabila dewasa ada yang dipencilkan. Pertalian keluarga semakin longgar, ikatan kian terlerai. Masing-masing sibuk memburu kemewahan dan kekayaan sedangkan Islam datang di dunia ini bukan sekadar memenuhi tuntutan itu tetapi mengumpul, memperkasa serta mempereratkan seluruh umat.
4 ulasan:
TAKUT LA SKRG NI H1N1 ni... penyakit zaman sekarang
org sekarang spt telah membelakangkan al_Quran...
Nauzubillahiminzaliq!
salam pK,
banyak dah kejadian yang menakutkan dan mendekatkan dunia ni ngan hari kiamat..
banyak iktibar dr ape yg pK ketengahkan tu..
teacher Tuya kembali berpk secara seyes..hehehh..
skrg macam2 je perkara yg berlakukan...
Catat Ulasan