Selamat Menyambut Hari Kebangsaan . Disebalik kemeriahan menyambut Hari Kebangsaan, renungilah bagaimana mereka berjuang untuk mendapatkannya. Kita pula, sebagai pewaris bangsa, hendaklah memikirkan bagaimana hendak mengekalkannya dan seterusnya menambah nilai pada erti kemerdekaan itu sendiri.
8 ulasan:
salam merdeka.. ceria selalu k
My sincere and best wishes to all fellow Malaysians at home and abroad a very Happy Independence Day!
Salam merdeka.. semuga.. keberkatan bulan ramadan akan mengiringi.. kemerdekaaan kita...
Salam Pakcik
Selamat menyambut Hari Merdeka ke 52. Semoga Allah memberi rahmat ke atas roh pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
Maiyah,Rouslens, RMY Abelitokjoro,
Amir : Sama-samalah kita berdoa agar negara kita aman dan damai, agar rakyatnya dapat hidup dalam suasana yang mana dapat mengerjakan ibadah yang telah diamanahkan kepada kita dengan sempurna.
Salam Merdeka Bro Kuntong,
Bagi diri saya...
Apalah ertinya sebuah kemerdekaan negara, jika tanah yang kita injak ini hanya 1/8 kita punya?
Apalah erti kemerdekaan jika khazanah di tanah dan dilaut bukan milik mutlak anak negeri?
Apalah ertinya kemerdekaan ke 52 jika pribumi asyik bermusuh dan iri hati untuk selama-lamanya sampai kita mati?.
Apalah erti merdeka jika pribumi menjadi hambanya ditanah kelahiran sendiri?
Sedara Zedmagel :
Perkara-perkara di atas berlaku kerana:
Kepada persopalan di atas.
1. Sikap kita yang selalu menjual tanah kepada orang bangsa asing.Bila dapat tanah pesaka, bukan nak tambah, tapi dijual nak beli kereta, kawin lain, nak kaya cepat dll.
2. Projek di laut dan darat tu memerlukan modal yang banyak, mampu ke kita org macam kita nak bisnes sebesar tu. Kita nak buka kedai warong pun tak ada modal.
3. Bumiputera bercakaran, kerana banyak sebab: hasutan , irihati, pemimpin tertentu nak jadi PM, kurang akal bila memilih parti. Penyebaran maklumat yang disalahtafsirkan. Terlalu taksub dengan sesuatu parti. Bodoh sombong. Bodoh tapi berlagak pandai. kecewA KERANA TAK DAPAT PROJEK LALU MASUK PARTI LAWAN.
2.
salam merdeka :)
Catat Ulasan