Ibadat puasa baru satu hari. Ini bermakna ada tinggal 29 atau 28 hari lagi. Semasa aku kecil dulu, aku selalu menghitung hari-hari puasa untuk menyambut hari raya. Begitulah keadaannya semasa kecil dulu. Anda bagaimana, saya tidak tahu, tanyalah diri sendiri.
Aku masih ingat lagi, semasa siang hari dibulan puasa, tengok makanan bukan main sedapnya. Nampak buah jambu dipokok pun rasanya amat sedap. Sanggup panjat pokok itu dan ambil buah jambu itu dan simpan. Bukan itu sahaja, apa sahaja yang terlintas di mata yang berupa makanan atau buah-buahan kampung akan diambil dan disimpan. Akhirnya banyak buah-buahan kampung dalam stok, dengan harapan akan dimakan selepas berbuka nanti. Kadang-kadang nampak iklan ayer "coca-cola" didinding kedai pun terasa amat le sedapnya.
Begitulah keadaannya semasa kecil. Tetapi bila sudah berbuka puasa, semuanya tidak diusik, kerana perut sudah penuh, membuncit, hendak bangun pun tidak larat. Sekarang sudah tentu tidak seperti itu, sudah tua, fikiran pun dah berubah, sudah erti apa makna puasa dan hikmahnya.
Gerai menjual makanan tumbuh macam cendawan selepas hujan.
Sekarang ini, nampaknya bulan puasa sudah menjadi bulan "Pesta Makanan". Bermacam-macam jenis makanan yang dijual. Makanan yang tidak jumpa semasa bulan biasa, boleh jumpa di bulan puasa ini. Air minuman pula ada bermacam-macam. Bila waktu berbuka, hidangan penuh di atas meja. Akhirnya setelah siap berbuka, sebahagian besar dari makanan itu tidak diusik. Ini sudah tentu akan membazir. Dan akhirnya tujuan asal berpuasa sudah lari jauh.
Ayam percik amat popular di bulan puasa.
Kita sebagai bapa /ibu hendaklah memberi penerangan kepada anak-anak kita, apakah erti puasa yang sebenarnya. Semoga anak-anak kita dapat memahami erti dan hikmah puasa yang sebenarnya. Dan kita yang dewasa ini,jangan jadikan bulan puasa ini sebagai bulan "Pesta Makanan".
Semoga amalan Puasa kita di terima oleh Allah swt. Amin.
6 ulasan:
salam.. teringat lak masa kecik2 dulu.. makin dekat nak buka.. tgk jer lauk makin bergelodak perut
salam pakcik,
memang betul tu, bulan puasa macam bulan pesta makanan. Harap-harap tidak jauh menyimpang daripada tujuan kita berpuasa. Hari ni pulak PM kata gerai-gerai berbuka puasa merupakan pemangkin kepada mengukuh ekonomi umat Islam. hehehe
sedapnya tengok ayam percik tu..
salam..
cubaaan....rezeki kepada peniaga..tapi masa beli jangan sampai membazir pula..
tq singgah anaklaut
huhuhu...
pegi bazar jgn lupa pakai mask ye cikgu!!!!
;)
Salam Bro Kuntong,
Kisah masa kecil bro, mengamit kenangan masa silam saya. Zaman kanak-kanak begitu lah lazimnya.
Tetapi sejak dah tua renta ni, habis juadah dan minuman dibeli sekali, sampai waktu berbuka tak larat mengabiskannya. Elakkan membazir di bulan Ramdhan. Membazir Sahabat Syaitan.
Catat Ulasan