Khamis, Julai 09, 2009

Wacana di PWTC


Kelihatan Tun Dr. Mahadhir menjawab soalan

Salam : malam ini 9hb, Julai 2009 saya dan saudara Amirhamzah64 berada di Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur kerana kami adalah sebahagian dari jemputan ke Wacana yang bertajuk "Kedudukan Institusi Beraja & Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1 Malaysia" di PWTC pada 10-11 Julai 2009.

Ucaputama majlis akan disampaikan oleh Y.A.Bhg.Tun Dr. Mahathir Mohammad. Perdana Menteri Malaysia ke 4, manakala kita juga akan berpeluang mendengar pembentangan kertas kerja oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak pada hari kedua wacana ini.

Peserta mula masuk ke dewan

Semoga diakhir wacana ini dapat merumuskan sesuatu yang terus dapat memertabatkan institusi Beraja dan Bangsa Melayu.

Semoga Melayu terus hidup.



5 ulasan:

zino berkata...

nanti ceritalah rumusan tu kat sini ya

eiza in the house.. berkata...

salam pakcik..
dah smpai kl rupanya..
ok, moga selamat pergi dan balik yer pakcik :)
moga dpt sesuatu utk dikongsikan disini nanti..

KUNTONG berkata...

Sdr Zino : saya rasa lebih jelas andai sdr baca rumusannya di akhbar.

Sdri Eiza : Temakasih atas doa eiza trhadap saya.dn bila sya lihat banner baru ari ni, sya juga doakan semoga saat bahagia yg eiza nanti-nanti akan tiba jua akhirnya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam pakcik,

sorry kerana selalu ditinggalkan....

WARIS PAHANG berkata...

Salam perkenalan,

Saya juga ada di PWTC masa Wacana tu