Khamis, Julai 02, 2009

Perjalanan ke Parlimen


YB. Dato' Noraini Ahmad

destinasi masih jauh

Cerita sedikit tentang perjalan ke Bangunan Parlimen.
Bertolak ke KL pada jam 8.10 minit pagi setelah bersarapan di Pekan Parit Sulong. Rombongan menaiki 3 buah kenderaan, dua buah kereta dan sebuah van. Dijadualkan kita diberi masa pada jam 10.30 pagi untuk masuk ke bangunan Parlimen. Ditakdirkan van yang dinaiki anak-anak muda mengalami kerosakan di Air Keroh. Kami berkumpul di ruang tol Simpang Ampat untuk membaiki kereta dan tukar tayar van yang nyata amat merbahaya untuk digunakan lagi.

Setelah lebih kurang 3 jam menunggu, akhirnya perjalanan diteruskan. Sampai ke bangunan Parlimen lebih kurang jam 2.00 petang. Setelah makan tengah hari di cafe, kami terus masuk ke Dewan Persidangan. Perkara yang dibincangkan ialah tentang Rang Undang-undang Bank Negara 2009. Kami hanya dengar sahaja. Setelah berada lebih satu jam di dalam, kami keluar dewan dan melawat di persekitaran kawasan dalam bangunan Parlimen di pandu oleh YB. Dato' Noraini Ahmad, ahli Parlimen Parit Sulong.

Jam 6.00 petang kami bertolak balik. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, kami singgah dibeberapa rumah pegawai-pegawai YB. Dato' Noraini Ahmad di Alam Damai,Kuala Lumpur.
Sampai dirumah jam 1.00 pagi. Alhamdulillah kami semua selamat.
Terima kasih daun keladi Dato' Noraini. Terima kasih Nana, Basri, Ra'ah dan Sharifah.
Semoga ketemu di lain kali. Dan di BP terimakasih Aillen n Syikin.


menanti penuh sabar

pemuda harapan negara dan bangsa

menunggu dibaiki

Cik Nana (pembantu YB Datuk Noraini Ahmad)

Let the images tell the story.

(Maaf !...gambar kurang memuaskan kerana kerosakan kamera.)











10 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam pakcik Kunttong,

Kawan pun baru balik daripada Parlimen iaitu pada hari Isnin 29 Jun 2009 yang lalu jam 3.30 petang. Makan tengahari pun di Cafe parlimen disponser juga oleh YB Cun kita tu.

Semasa masuk di galeri awam Dewan Rakyat Anwar Ibrahim sedang berucap dan diikuti oleh Ibrahim Ali.

zino berkata...

ingat tadi masuk nak berbahas.. hehe... zino ada juga bertugas kat parlimen tu tolong sediakan jawapan menteri.. tapi kali ni turn kawan zino lega rasa nya hehe

DrSam berkata...

dapat melihat dan mendengar perbahasan secara langsung diparlimen merupakan satu pengalaman yang berharga.

Dah lama tak sampai giliran ditugaskan ke parlimen.

KUNTONG berkata...

amirhamzah : mula2 nak saing dgn u, tapi ditangguh ke Rabu.

Zino :kalau tau boleh kita jumpa.dan bersembang. x tau bila agaknya ke sana, mungkin x kot.

DrSam: giliran u mungkin next!

Neeza.Areef berkata...

pakcik x ajak sy pun..hihi

KUNTONG berkata...

neeza : kita pun orang ajak neeza....sesekali nak tengok juga. siapa tau satu hari nanti jadi YB...........(bukan YB yang berhormat tapi ...yang bersara.....he...he....

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Dah tau nak berjalan jauh, jangan lah naik van buruk dah tu buat aral sahaja. Penat YB tunggu tak sampai.

Dah la van rosak, camera pulak rosak. Nanti jumpa YB minta camera baru. Tak pun minta dengan yang akan jadi YB.

Ha..ha..ha...

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Sibuk atau turu. Ngopo dah mampir nang blokku? Meriang opo, nek meriang ben konco-konco teko nang omahmu...ziarah..

Leenoh berkata...

Salam,
Seronok gak jalan-jalan sambil menambahkan ilmu.

eiza in the house.. berkata...

bestnya dpt kesanakan..
kwn eiza ada yg jadi jurukamera kat parlimen utk rancangan parlimen kat tb2 tu..