Jumaat, Julai 10, 2009

Malam kedua : entah.....le....


wacana belum bermula


Malam ini saya masih berada di KL, malam yang kedua. Esok wacana di PWTC akan disambng semula, program malam ni dibatalkan, saya sendiri pun tidak tahu sebabnya, kerana kumpulan kami tidak mendapat apa-apa jadual tentang program tersebut. Ketika entri ini ditulis, rakan blogger saya Saudara Amirhamzah64 mungkin sudah bertemu dengan rakan-rakannya "Klab Chedett di Ampang.

Saya dan rakan-rakan sebilik, ( Osman Dayan dan Taufik) memerap dibilik hotel, selepas saja makan malam, walau mata mengantuk,tapi mata tak mau lelap. Nak merayau pun macam tak larat. Nak berbual-bual dengan member-member dari kumpulan yang sama pun semuanya tak nampak.Tak tau kenapa. Kumpulan kami nampak semuanya semacam muram dan tak ceria seperti kumpulan-kumpulan lain. Seolah-olah kami semua kehilangan panduan. Masing-masing membawa diri masing-masing.

Peserta dari seluruh Malaysia

Semoga hasil dari wacana ini dapat mengembalikan maruah bangsa Melayu, kerana Melayu akan hanya maju dengan keazaman yang kuat dari diri Melayu itu sendiri. Jangan harap bangsa Melayu akan maju dengan pertolongan bangsa lain.

Sekian dari Kuntong.
KL /10.07.2009.

5 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam.
Kalau tak tau nak pi mana, mailah sini...Jln Bt3 Lama.

KUNTONG berkata...

tema kasih Leenoh, semasa komen ini ditulis, saya dah pun berada di kampung. Sampai jam 9.00 malam.

zino berkata...

datang tempat zino borak2 pun boleh.. hehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam pakcik,
disebabkan 'kawan-kawan' ramai nak jumpa masa kita di KL agak jarang bersama. Tapi dapat makan malam bersama pun dah memadai. Lain kali kalu ada roslenz dan zedmagel boleh kita 'melense' di KL. Tapi bila ye?

Neeza.Areef berkata...

camne ni pakcik...objektif nk martabat kan melayu tp dlm kump pn dah pecah2 nih