Sabtu, Julai 25, 2009

Apa dah jadi....


APA DAH JADI KEPADA GADIS-GADIS KITA ?
KURANG KE LELAKI YANG BAIK-BAIK DI NEGARA INI ?

(Petikan dari Utusan online)

KUALA LUMPUR 12 Julai – Trend mencari teman atau kekasih di kalangan lelaki Asia Barat kini menular di kalangan gadis pintar dan wanita profesional yang kesepian.

Bermodalkan paras tampan serta menampilkan ciri-ciri lelaki romantik lelaki Asia Barat, ‘Pak Arab’ ini mudah mencairkan hati wanita yang kesunyian.

Apatah lagi jika mereka mengaku sebagai ahli perniagaan dan golongan intelektual, cinta wanita yang menjadi pilihan lebih mudah diraih.

Trend mempunyai kekasih ‘Pak Arab’ telah lama menular di institusi pengajian tinggi (IPT) berikutan peningkatan jumlah warga Asia Barat yang menuntut di negara ini.

Walaupun baru mengenali ‘Pak Arab’, gadis IPT tersebut mudah terjebak dengan jerat cinta hingga ada yang sanggup menggadai kehormatan mereka.

Berdasarkan statistik daripada Jakim itu, timbul persoalan sejauh mana tulusnya cinta ‘Pak Arab’ terhadap wanita negara ini.

Penulis yang meninjau kawasan-kawasan yang digemari oleh warga Asia Barat itu mendapati wanita yang menjadi kekasih Pak Arab semakin meningkat.

Mereka tidak ‘segan silu’ lagi mengikut ‘Pak Arab’ bersantai di kafe-kafe dan pusat beli-belah di ibu kota.

Siswi-siswi di pusat-pusat pengajian tinggi pula tidak malu mengaku mempunyai kekasih hati di kalangan ‘Pak Arab’.

Gara-gara mabuk cinta, gadis-gadis pintar ini mengikut telunjuk kekasih hingga terjebak dengan gaya hidup yang tidak bermoral.

Ada kalangan mereka sanggup merelakan maruah diri tergadai demi menagih cinta Romeo Asia Barat ini hingga lupa risiko yang bakal dihadapi.

‘‘Setiap kali aku bernafas, aku mengingatimu.”Itulah antara ungkapan cinta indah dilafazkan oleh jejaka Arab kepada gadis yang ingin ditawan.

‘‘Mengambil kesempatan atas kelalaian saya. Saya terlena dengan janji-janji indah seorang jejaka asing,’’ kata Aleeza yang menasihatkan gadis negara ini supaya menjadikan kisah cintanya sebagai iktibar.

‘‘Dalam asyik berkasih saya tidak sedar maruah diri turut tergadai. Ketampanan Imran meleburkan iman saya. Kini baru saya sedar bukan kasih sejati Imran tawarkan. Cinta Imran bertopeng nafsu semata-mata.

Samalah kita renungi senario ini.



6 ulasan:

TuYa berkata...

mungkin keinginan untuk hidup mewah,berdampingan dengan lelaki yang 'macho' katanya..

nak glemer lebih tanpa memikirkan akibat pro n kontra..
ape2 pun yang penting semuanya bermula dari hati sendiri..

mereka kena tau ape yang mereka inginkan,jika baik niatnye,baik elok la jadinya..

Tuya pun ade 'Pak arab' tau..hehehehe...

Ivy Metaga berkata...

yup mmg tidak di nafikan ayat2 pak arab ni mmg power dan juga hensem2 sebab tu gadis2 mudah tertawan..

losoleng berkata...

nak buat canne, org m'sia mmg teramat suka barang import, local one LOW CLASS katanya...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam pakcik,
Katanya pemuda Malaysia selekeh....
duit pun pokai..... hehehe tak romantik. Tak pe la pakcik asal orang Islam. Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Salam Kuntong.
Malaysia ni syurga dunia kepada pemaksiat-pemaksiat arab. Kesalahan Zina, khalwat, arak dan judi semuanya boleh diBAYAR denda. Tak kena sebat pun! Makanan halal pun banyak. Cuaca pun cantik.

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong.

Sayang wanita kita tak dapat membezakan antara kaca dan intan, saya yang ikhlas mencintai mereka, mereka tolak. Tapi si arab dogol yang buaya darat tu mereka terima.

Saya tak le kacak sangat, tetapi sangat setia dan pencinta wanita.