Pix and story: Pix permission from Lenz.
In German : ( Die Geschichte handelt von einer Jugend, die von der unsichtbaren Prinzessin während
Arbeitens im Dschungel entführt wird.)
Di sekitar tahun 1962.
Sudah tiga hari orang-orang kampung mencarinya, namun Dolah 26 tahun anak Pak Ali belum dijumpai lagi. Kali terakhir Pak Ali melihatnya ialah pada petang Jumaat lalu ketika Dolah bersiap-siap hendak ke kebun di belakang rumahnya untuk menebas kawasan kebun yang semak.
Semua kawasan kebun yang semak itu telah bertukar menjadi kawasan yang bersih dan terang bukan kerana ditebas tetapi di pijak-pijak oleh orang kampung yang mencari Dolah, namun tidak juga dijumpai. Yang dijumpainya ialah sebilah parang panjang dan sebotol air minuman yang biasa dibawa oleh Dolah ketika hendak menebas kebun. Merata kawasan sekitar kampung itu telah dicari, namun semuanya hampa.
Apa yang menghairankan mereka ialah, mereka semuanya merasa seram dan terasa bulu tengkok mereka naik apabila mereka melalui sepohon pokok yang agak besar. Padahal mereka bukanlah seorang, tetapi beramai-ramai.
Akhirnya, seorang bomoh dipanggil untuk membantu mencari Dolah yang hilang. Dan setelah tiga jam mencari dengan bantuan bomoh, akhirnya Dolah dijumpai sedang terbaring di bawah sepohon pokok manggis yang agak besar, di sebelahnya terdapat daun-daun yang dipenuhi dengan cacing-cacing tanah yang sudah kering.
Mereka semua kehairanan kerana tempat dimana Dolah dijumpai telah mereka lalui beberapa kali namun mereka semua tidak nampak pun Dolah terbaring di situ. Dan di pokok itu juga mereka semua terasa seram apabila mereka melalui dan melintasi pokok itu.
Dolah di bawa pulang dalam keadaan yang amat letih dan tidak berupaya untuk bercakap. Setelah diberi pertolongan dan diberi air penawar Dolah terus tidur dengan nyenyaknya.
Esoknya, ramai orang kampung datang ke rumah Pak Ali. Mereka ingin melihat Dolah dan hendak tahu apakah cerita yang sebenarnya. Dolah hanya diam membisu, seolah-olah bingung dan tidak tahu apa yang terjadi.
Menurut cerita Dolah dari apa yang diceritakan oleh Pak Ali ialah sebaik sahaja dia menebas di kebun belakang rumahnya dia berehat sebentar. Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil. Apabila dia menoleh ke belakang dia terlihat seorang wanita yang amat cantik, kecantikkannya tiada tolok banding, dan tiada seorang pun gadis di kampung itu yang boleh menandingi kecantikan wanita itu. Dolah terpukau. Dia mengikut sahaja apabila wanita itu melambai-lambai ke arahnya. Dolah di bawa ke rumah wanita itu. Sungguh cantik rumah itu, di hiasi dengan taman bunga yang berwarna-warni. Dia diberi jamuan yang sedap-sedap dan dilayan oleh gadis itu seolah-olah seorang isteri. Dia tidak ingat berapa lama dia berada di situ.
Setelah beberapa hari, Dolah ternampak ramai orang berada di kebunnya, Dolah kehairanan, kerana mereka semua tidak mendengar pekikkan Dolah apabila Dolah memekik sekuat hati memanggil nama orang kampung yang lalu lalang di hadapannya. Akhirnya Dolah tertidur kerana merasa terlalu letih.
Apabila dia sedar, Dolah dapati dirinya sudah berada dirumahnya serta dikeliling oleh ramai orang-orang kampung.
Menurut cerita bomoh, Dolah di bawa oleh seorang puteri bunian yang mendiami kawasan kebun bapanya. Gadis itu ingin mengahwini Dolah, nasib baik Dolah belum sempat menjamu selera di rumah gadis bunian itu, kalau tidak, kemungkinan Dolah akan hilang terus dari penglihatan orang-orang kampung. Dan cacing-cacing di dalam daun yang dijumpai di sebelah Dolah ketika dijumpai ialah jamuan yang dihidangkan oleh gadis bunian itu. Tetapi bagi Dolah ianya merupakan makanan yang enak dan lazat.
Kini, Dolah jadi seorang yang pendiam. Kalau ditanya sepatah, sepatah jua yang di jawabnya. Perangainya amat berbeza. Dulu dia amat periang dan suka berkawan, kini dia lebih suka berseorangan.
11 ulasan:
teringat citer bun dalam anak2 sidek yg disorokkan bunian
Salam.
Rupanya bunian ini makhluk yang bodoh, bila mereka menculik manusia tidak diberi makanan manusia, diberinya makan macam-macam tetapi kalau manusia memelihara mereka (hantu) manusia pandai pula memberi makanan yang dimakan oleh hantu syaitan.
Itulah bezanya manusia dengan hantu syaitan, manusia berakal, hantu tidak berakal hehehe, satu kajian gak tu.
Bro Kuntong,
Saya ada menulis cerita bunian di dalam blog saya, tetapi mengenai tajak saya yang dipinjam oleh kawan kita si bunian. Ada dua cerita di situ. Tapi taklah berkisar mengenai cerita seperti yang bro tulis. Memang menarik.
Bro Kuntong,
Terima kasih jadi follower di blog saya - tamandalamrumah. Hajat nak ngeteh dengan bro di mana-mana warong di Batu Pahat, jika tak keberatan le.
Pakcik Kuntong,
saya masa kecik2 dulu cukup takut nak keluar rumah sebab dimomokkan oleh nenek citer kena sorok dengan orang bunian ni.....
Kpd:
paan, Sdr Leenoh,zedmagel dn izan:
Cerita ini adalah benar, trjadi sekitar tahun 60an. Sekarang Dolah (nama samaran)tlah pun meninggal.
masa itu saya masih kecil lagi.
Zedmagel:
tinggal di mana ? dan kalau ada masa lapang, kontek saya.
Agaknya kalau saya ceritakan pada budak masa tengah mengajar..budak-budak sekarang percaya ke tidak??...
Seram gak ye...
wah..menarik citer nie..kisah benar eh..sian dolah..
mcm2 cerita
rajin pakcik tuko2 layout
Cikgu mas :
Budak skrng memang x prcaya. Sbb bila dia org lahir semua dah ada, dn hidup pun senang, x mcm sya. dulu. Gi sekolah jalan kaki,jalan kg masih tanah dn lecak, keadaan kg pun mcm hutan.
Dee dn neeza:
Cerita itu trjadi di Pt Hj. Ibrahim.
ساي ڤون اد ڤڠالمن لبيه كورڠ ماچم ايت، برلاكو كڤد اديق ايڤر ساي...همڤير دسستكن ددالم كبون، تتاڤي كبتولن دي باوا تيليفون بيمبيت بيلا ساي تيليفون ستله دي برليڬار٢ دتمڤت يڠ سام سلاما ستڠه جم...اد سسواتو يڠ دي نمڤق سماس تو...ستله جواب تيليفون دي تروس نمڤق جالن كلوار
(maaf,sesetengah bentuk huruf sistem xleh baca dgn betul di ruangan ini..xleh nak ejas lg da...)
Catat Ulasan