Bapak ayam, ayam kampung, ibu ayam.......
Reban ayam
Dah dua tiga hari ni, saya sibuk buat kerja membina reban ayam. Dah lama tidak membela ayam kampung. Penat juga. Maklum sajalah saya ni bukan reti sangat tentang tukang menukang. Ini baru buat reban ayam dah rasa penat. Agaknya kalau disuruh buat rumah, hei .....macam mana agaknya rupa rumah itu. Penat tu bukan kerana apa, tapi memikirkan bagaimana nak buat. Tapi berdasarkan kepada pemerhatian, akhirnya siap juga. Tapi...tengoklah di gambar.
Tentang membela ayam kampung ni....dulu..... sepuluh tahun yang lepas ada juga membela ayam kampung. Banyak juga ekornya (bilangannya) tapi, selepas ayam-ayam di reban itu habis kesemuanya dibaham dek ular sawa, punah semangat untuk membela ayam kampung. Tetapi akhir-akhir ni, memandangkan agak jemu makan ayam bandar (istilah ayam yang dibeli di pasar) tergerak hati pula untuk membela semula.
Tambahan pula harga ayam adalah mahal iaitu RM15.oo sekilogram.
Ayam kampung mahal
Sebenarnya selepas saja saya tulis entri ini pada malam semalam, saya terus ke KL pada jam 5.00 pagi.Dan malam ini apabila saya sampai semula di rumah jam 12.20 malam 28.03.2009 saya terus saja sambung entri pasal ayam. Urusan penting di KL, dan apabila selesai, terus balik ke Batu Pahat. Bertolak dari KL pada jam 6.30 petang dan sampai di kampung pada jam 12.00 malam.Lambat kerana hujan dan jalan menghala ke selatan mengalami sesak hingga ke Senawang.
Bila bercakap tentang ayam ni, saya teringat senikata lagu yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid. Senikatanya tak berapa ingat, tapi ada dari bait-baitnya menyebut tentang ayam ialah....ibu ayam....bapak ayam....ayam kampung....laga ayam..tidur-tidur ayam, ayam sabung....ayam terlepas tangan bau taik... ayam berak kapor dan lain-lain lagi. Tapi dia tidak ada suruh kita membela ayam. Kalau dia suruh orang membela ayam,macam mana agaknya bila orang-orang yang tinggal di rumah flat di suruh membela ayam. Dan orang yang tinggal di sekitar KL diwajibkan membela ayam, tentu haru biru. Kemungkinan dijalan jalan TAR dan di Jalan Chow Kit tentu penuh dengan ayam. Sudah tentu harga ayam merudum dan harga ayam kampung tidaklah berapa mahal. ( Idea yang gila-gila).
Doakanlah agar ayam-ayam yang saya bela akan membiak dari tiga jadi enam, kemudian jadi duabelas, kemudian jadi dua puluh empat dan seterusnya membiak jadi banyak, macam angan-angan Mat Jenin....kah....kah...dan tidak akan dibaham oleh dek ular sawa.
ULAR SAWA
10 ulasan:
ayam kg mmg logik laa kalo mhl kn, pC. sbb ayam kg sedap, wat gulai, goreng b'rempah pb sdp tp kene yg muda2 laa.
kt kg sy pn mak ayah sy bela ayam...nk mkn smbelih & proses sndiri. xde keraguan dr segi halal haram dh...
wahh!! menjadik sgt dah tu reban ayam nya. kalo saya buat, confirm xberdiri gitu. hiks.
sedapnya ayam kg..n lg best kita yakin akan ke'halal'lannyer..ntah apa2 ayat..
ular sawa?
apasal ada reban ayam je ada ular sawa?
tak dapat tangkap ke ular tu?
bahaya tul...
EdamanAli,Dee,Ijechan dan PJ:
Zaman skrng ni, org kmpung pun x bela ayam, salah satu sbbnya ialah krna jiran. Takut krna tahi ayam atau ayam, nnti bermasam muka dgn jiran.E2 sbb kalau nk bela ayam trpaksalah dikurung ayam e2 supay tidak merayau ke rumah jiran dn meninggal baja di umah-umah jiran.
Salam.
Bela ayam dapat melengkapkan lagi suasana kampung,mendengar suara ayam dan kicauan burung seperti mendengar musik klasik dan mendatangkan ketenangan.
Memang najis ayam dan burung menarik perhatian ular terutamanya ular sawa.
Semoga ternakan tersebut membiak dan berjaya. Insya Allah.
zino selalu makan nasi ayam kampong di veledrom tu je..
ayam kampung kalau tak pandai masak..mak aihhh..liat sangat dagingnya!
tak reti pun jadi jugak reban ayam ni!lau saya yang buat,entah jadi apa entah..hahaha
salam...
dulu penah jugak bela ayam kat rumah... siap buat reban cantik2 lagi. alih2 ayam xtido pun dlam reban.. pokok jugak jadik sasaran..
Sdr Leenoh:
Kekadang kokok ayam dpt mnghiburkan hati dan memberi isyarat utk bangun di waktu subuh.
Zino: Nasi ayam kampung menyedarkan kita bahawa kita brasal dri kampung.
Pnjenayah merah jambu:
Untuk melembutkannya, direbus dgn air kelapa, Insa'allah dagingnya lembut.
Wanridzuan:
Petua: Sebelum dimasukkan ayam ke dalam reban, bawa ayam itu keliling reban tiga kali dan brcakap dgn ayam e2 bahawa ini umah kamu, jgn tido kat luar.Dan kemudian kurung ayam e2 selama tiga hari. Bila dia udah bau tahinya di situ, dia akan tido di umah /rebannya.
Tema kasih.
Catat Ulasan