Ahad, Januari 25, 2009

Sepanjang perjalanan...........

Malam ini badan terasa amat letih, apa tidaknya.....setelah menempuh perjalanan yang tidak berapa jauh, iaitu dari Kampung Tengah di Kluang ke Batu Pahat, tetapi disebabkan oleh kesesakan jalanraya, ia membuatkan perjalanan ini amat meletihkan. Sampai di rumah lebih kurang jam 6.30 petang lantas bersiap-siap untuk ke masjid untuk solat maghrib dan terus ke solat isyak. Selepas solat isyak, terus ke majlis khenduri di kampung.

Perjalanan ke stesyen Batu Pahat, saya menumpang kereta seorang kawan. Di pertengahan jalan saya terpaksa turun di Peserai, ini disebabkan oleh sekatan jalanraya oleh PDRM, lantaran tempat duduk belakang belum dipasang tali pinggang keledar, hendak tak hendak, terpaksa turun untuk mengelakkan dari di saman, walaupun perjalanan ini belum sampai ke destinasi pertama iaitu stesyen bas Batu Pahat.

( maaf..... mata pun mengantuk...akan saya sambung esok............).Semoga malam ini dapat tidur dengan lena, begitu juga anda.......semoga tidur anda dibuai dengan mimpi indah .....)

.....Saya sambung semula SEPANJANG PERJALANAN....setelah masa mengizinkzn.
(Ahad 25.01.2009 Jam 4.32 petang).

Setelah turun dari kereta kawan saya, saya pun menunggu bas untuk ke Batu Pahat. Lama juga menunggu bas, terpacak di bawah pokok untuk mengelakkan cahaya matahari yang panas terik.
Di saat inilah saya terasa bagaiman saudara-saudara kita yang tak punya kenderaan atau yang tak mampu untuk membeli kereta menjalani kehidupan seharian, andaikata ianya perlu untuk bergerak ke sana ke mari dalam usaha mencari nafkah hidup. Baru terasa di hati ini, alangkah bersyukurnya kita yang mampu untuk membeli kenderaan, walaupun ianya kenderaan buruk. Di sinilah timbul rasa keinsafan bahawa kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada dan mampu.

Lebihkurang empat puluh lima minit bas "mayang sari " pun sampai. Saya naik dan duduk dibelakang pemandu setelah membayar tambang.

Bas berjalan dengan perlahan kerana sekatan jalanraya. Pemandu bas bersembang dengan seorang penumpang yang duduk di sebelah saya. Suaranya amat lantang. Mereka bersembang dalam bahasa Jawa yang pekat. Saya hanya dapat memahaminya 70 % dari topik perbualan itu, walaupun saya dari keturunan Jawa, tetapi tidak semua saya fahami.

Apa yang dapat saya dengar dan fahami ialah tentang kerenah setengah pemandu yang memotong barisan ketika di jalan raya. Menurut mereka, pemandu sekarang ini hilang budi bahasa ketika memandu atau menunggang motosikal. Walaupun orang Malaysia di labelkan oleh sesetengah pelancong sebagai orang yang paling berbudi bahasa.

Setelah melepasi sekatan polis, topik perbualannyanya pula berbeza. Menurut pemandu bas, orang dahulu sangat-sangat menghormat pasukan polis kerana lambang polis yang dipakai oleh pihak polis. Dan pihak polis pula sangat menghormatinya sebagai satu tanggungjawab, kerana lambang polis di topi yang dipakai tertera nama Allah .Ini bermakna pihak polis memikul tugas atas nama Allah.

Tetapi sekarang, menurut kawan pemandu itu, semuanya sudah berkurangan . Buktinya ramai pihak polis dilanggar oleh mat rempit ketika membuat sekatan jalanraya. Mereka sama-sama mengeluh dengan fenomena ini.

Saya mendengar dengan tekun segala perbualannya walau pun sesekali saya tidak dapat mendengar dengan jelas disebabkan oleh kebisingan kenderaan.

Setelah sampai di stesyen bas Batu Pahat, saya terus turun dan mula mencari-cari bas mana yang hendak saya naiki untuk meneruskan perjalanan ke Air Hitam.

(ok...... relax dulu no....solat Asar......)

7 ulasan:

Leenoh berkata...

Sdr.Kuntong.
Kuntong dah tahu mengenai kesesakan jalaraya dan dah sampai ke rumah, Kami esok baru nak bertolak balik, belum tahu macam mana sesaknya jalanraya.

Apapun kami berdoa agar selamat sampai ke Shah Alam.

Wassalam.

Cik Jannah berkata...

ops..
sebelah kg tengah 2 kg baru kat kluang kan?
kg baru 2 kg belah ayh cik jannah
hehee

CikYana(",) berkata...

kena dtg kuala ibai

DrSam berkata...

salam,

menarik cerita perjalanan kali ni. memang betul pemerhatian drebar bas tersebut, rakyat malaysia yang diagung-agungkan oleh orang luar sebagai bersopan santun, tapi kekadang tu tak nampak pula sopan dan santun tu kat mana. Zebra crossing macam tak pernah wujud kat Malaysia - main balun aje.

KUNTONG berkata...

Tk. DrSam kerana berkesempatan menjengok ke halaman saya.
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

tq... kongsikan cerita ni.. best..:)

Dee berkata...

ada ke zebra crossing kat m'sia? cam xde je...tp kdg2 kalo kita bg lintas pun susah dorang nak berenti..hehehe..