Jumaat, Januari 23, 2009

Ziarah rakan-rakan- Esok masih ada.




                      Semoga cahaya sinar harapan terus gemerlapan hingga ke pagi. 










                          Semoga esok masih ada untuk kita



Selepas, menulis tentang nasi ambeng, saya tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa di dalam halaman ini. Sehinggalah pagi tadi saya hanya coretkankan doa untuk rakan-rakan blog . Doa untuk kebahagian kita di dunia dan akhirat, bukan hanya untuk diri kita, tetapi untuk keluarga . 

Walau bagaimana pun episod "nasi ambeng " belum tamat. Ia akan muncul, hanya masa yang menentukan.

Dalam seminggu ini, saya banyak menziarahi blog kawan-kawan. Dari satu ke satu blog. 

Leenoh, Nurhani Salwa, Goasop, Snow White Zone, PJ Slambe, Zaidon, Fiza, Suw, dan banyak lagi yang tak dapat saya nyatakan.

Dipendekkan ceta, hang semua hebat-hebat, saya tabik dengan anda semua. Sesungguhnya anda adalah insan-insan yang punya ilmu pengetahuan yang amat berguna dan tinggi kalau nak dibandingkan dengan saya yang amat ......(malu nak ceta ).  Gunakanlah ia untuk kebaikan, untuk keamanan, kesejahteraan dan yang penting untuk agama, bangsa dan negara.

Sdr Leenoh, mungkin la ni (jam 11.45 mlm) dalam perjalanan ke Kluang untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. (Semoga anda selamat dlm perjalanan).

Kepada mereka yang sedang bercinta.......mudah2an cinta anda dan cinta kekasih anda adalah cinta abadi.

Kepada mereka yang sedang meneruskan pelajaran, mudah2an anda mendapat keputusan yang diidamkan.

Kepada ....rakan yang kecewa pada hari ini...baik kecewa dalam apa jua urusan pun.....janganlah berputus asa................ingatlah, kalau kita gagal pada hari ini...tak bereti kita gagal selama-lamanya....Kalau hari ini ..dia  kecewakan hatimu...... Ya Allah... janganlah jadikan dirimu insan yang kerap kecewakan hati orang lain.  

Andaikata kau pedihkan hatiku dengan kata-kata yang amat berbisa, biarlah bisa dihatiku ..ku tanggung sendiri. Semoga di satu hari nanti.......kau akan sedari  .... bahawa kita tak boleh bersendirian di dunia ini. Kita perlu hidup dan terus hidup, selagi nyawa di kandung badan......
selagi itulah , kita kena hadapi.....kerana esok akan terus menanti......esok masih ada......untuk kita tatapi hari-hari muka.....

Sekian. Wassallam.

4 ulasan:

Zaidon berkata...

As'kum Pakcik..mudah mudahan sekeluarga sihat sejahteraa selalu saya doakan.. terima kasih atas entry doa untk rakan2.. saya rasa gembira.. kita semua mempunyai pengalaman tersendiri, kalau boleh saya harap Pakcik pun dapat menceritakan pengalaman2 Pakcik dulu dlm apa jua bidang, supaya kami yng muda2 ni mendapat nasihat dan pengajaran.. Success untk pakcik.. :)

KUNTONG berkata...

Sdr Zaidon,

Tk banyak-banyak.Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama.

Wassallam.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Wak kuntong,

Bila nak sambung entri pasal nasi ambeng? Faveret saya nasi ambeng tu.. especially yang my mom wat sendiri time kenduri di rumah. Serundingnya, Terbaik di kampung!!Walaupun saya ni mix blood(hahaha) mak jawa, bapak melayu, tapi saya bangga mengakui saya berketurunan jawa. Hidup jawa!!

Apapun, pada saya, blog2 kita semua adalah medan perkongsian ilmu sama ada yang dipelajari atau dialami. Pada saya, ilmu yang terbaik adalah ilmu yang diperolehi menerusi pengalaman sendiri, kerana bila diceritakan melalui hati, ceritanya akan menyentuh hati dan terkesan di hati:)

KUNTONG berkata...

Rakan-rakan yg sudi beri komen:

Episod nasi ambeng belum habis, kan sya dah berjanji ? Janji pasti d tepati. NASI AMBENG dalam pembikinan ! Hei macam buat filem aja.(Berangan aja).
Wassalam.