Jumaat, Januari 02, 2009

Merawat dan memulih.






                          Hari berganti malam.....2008   telah berlalu dan tak akan datang lagi.





Semalam bermulanya tahun 2009, saya ke Kuala Pilah, urusan famili..hari ini saya anggap hari yang sibuk buat diri saya. Apa taknya.... dari pagi hingga ke petang asyik meeting aja. Hanya solat Jumaat yang memisahkan keduanya.

Pada sebelah pagi, dapat panggilan telefon, agar hadhir di pejabat AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) Batu Pahat untuk satu mesyuarat kepada JKPD (Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah) Daerah Batu Pahat. dimana saya salah seorang AJK. Manakala sebelah petang kira-kira jam 3.00 petang kena hadhir di mesyuarat JKKM Mukim 4, Batu Pahat. saya pula kena hadir kerana saya adalah SUnya kononnya.



Di sebelah pagi, merencana aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2009. Di sebelah petang pula, merencana satu program yang akan dijalankan di Taman Seri Sulong, Batu Pahat pada Hari Sabtu 10.01.2009. Di sini akan diadakan satu demo penyemburan satu bahan (EM :belum diketahui nama sebenar) yang dipercayai boleh merawat air yang tercemar akibat air kumbahan dari kilang memproses ayam.


Apa yang saya ingin utarakan di sini ialah , di kedua-dua pertemuan ini ada persamaannya, iaitu MERAWAT atau MEMULIH . Disebelah pagi merawat manusia, dan di sebelah petang merawat air.

Di sebelah pagi " Manusia merawat manusia " untuk kebaikan manusia.

Di sebelah petang pula manusia merawat "AIR " untuk kebaikan manusia disebabkan oleh kerakusan dan kelalaian MANUSIA juga.

Bagaimana dengan diri kita ? Apakah yang hendak dirawat ? Apakah yang hendak di pulih ?

Jawapannya ada pada diri anda sendiri ? Sebagai seorang ISLAM , anda tentu tau jawapannya.

Wasallam.







4 ulasan:

Leenoh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Leenoh berkata...

Assalamualaikum'
Maaf "post" yang pertama tersilap cetakan,
merujuk kepada tugas Kuntong kelihatan memenatkan tetapi kebaikannya sangat banyak.

Buruknya air kerana bernajisnya, buruknya manusia kerana akhlaknya, buruknya orang Islam kerana rosak aqidahnya. Semuanya itu perlu dirawat,dipulih dan dimurnikan.

Jika berjaya dilakukan bermakna telah berjaya menjalani Kehidupan Bersih.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

KUNTONG berkata...

Waalaikumussalam:
Tema kasihlah hang selalu beri komen, tentang tugas tu, bukan nak merak, dak lah, tapi orang dah beri tugas dan kepercayaan, apa nak buat.Kena lah buat seberapa yang buleh.

Wasallam.

eiza in the house.. berkata...

salam...terima kaseh folloe blog sy..nice blog uncle kuntong ;)