Khamis, Januari 29, 2009

MANUSIA - pada BATU - PASIR - dan AIR.




MANUSIA, BATU, PASIR, DAN AIR...


MANUSIA DAN BATU



Salam sejahtera untuk rakan-rakan.

Syukur kepada Allah SWT, kerana di pagi yang berbahagia ini, kita masih dapat menikmati keindahan pagi yang amat nyaman, mata kita dapat lagi memandang alam maya, kulit badan dan tubuh kita masih dapat merasai kepanasan dan keperitan cahaya mentari pagi, lidah kita masih dapat membezakan manis dan pahit makanan, teling kita masih dapat mendengar suara azan pagi yang syahdu,masih boleh mendengar suara lunak penyanyi pujaan kita dan banyak lagi kenikmatan yang sudah tentu tidak mampu dibilang oleh manusia.

Namun di waktu yang sama, kekadang kita terlupa bahawa kenikmatan yang diberikan oleh Allah itu akan ditarik pada bila-bila masa bila waktu dan tikanya tiba.

Pernahkah kita terfikir bahawa segala kenikmatan yang Allah berikan itu untuk apa, atau pernahkah kita bersyukur diatas segala kenikmatan yang telah kita nikmati sepanjang hidup kita.

Itu terpulang kepada individu. Kita manusia yang diberi akal dan fikiran untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Kita adalah manusia, yang mempunyai berbagai sifat,ragam dan sikap,kata orang-orang yang bijaksana, sifat manusia ada tiga kategori :-

PERTAMA: Yang sifatnya umpama huruf-huruf di pahat pada batu keras. Mereka ini mudah marah, suka menghambur kemarahan dan kemudian menyimpan perasaan marah itu serta dendam kesumat dalam tempoh yang panjang.


KEDUA
: Yang sifatnya seperti huruf-huruf yang dilakar pada pasir. Mereka ini mudah marah, tapi sebentar sahaja, kemudian melupakannya.


MANUSIA DAN PASIR


KETIGA: Yang sifatnya seperti huruf-huruf yang ditulis pada air yang mengalir. Mereka tidak menyimpan sebarang perasaan buruk dan tidak mengindahkan kata-kata mahupun khabar angin yang negatif. Sifat manusia seperti ini sentiasa bersih, tulin dan tidak mampu diganggu-gugat oleh sesiapa dan apajua pun.


MANUSIA DAN AIR

Sama-samalah kita fikirkan, di manakah kita berada, pada batu, pada pasir atau pada air.

Sekian...semoga Allah SWT melindungi kita semua dari mara bahaya,serta dijauhi dari bisikan syaitan. Agar kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan damai. Sentiasa mensyukuri segala kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Sekian. Wassallam.


4 ulasan:

Dee berkata...

wah..sy ini spt pasir..perlu muhasabah diri..

sentosa77 berkata...

Salam.. semoga pakcik sekeluarga sihat2 selalu.. bagus entry ni.. saya suka baca.

Leenoh berkata...

Sdr.Kuntong.

Semakin menarik dan tertarik, kalau boleh nak yang paling baik.

Kalau jati diri nak seperti ikan di lautan mengekalkan ketahanan diri tidak masin dek air.

Sekian. Wassalam.

KUNTONG berkata...

Tema kasih kawan-kawan, sya akan berkursus 3 hari. Jumpa lagi,Insaallah.