Rabu, Disember 31, 2008

MENCARI KEREDHAAN ALLAH


ASSALAMUALAIKUM:

Saya mulakan dengan memanjatkan kesyukuran saya kepada Allah  SWT, kerana dengan izinnya saya dapat jua membina blog ini, walaupun gagal beberapa kali. Namun dengan kesungguhan yang tidak jemu-jemu, serta dengan sokongan beberapa insan yang berhati mulia,ianya dapat dipaparkan jua akhirnya. Terima kasih kepada mereka "LEENOH"," Helmi Wahit" dan "Jannahazwan".

Benarlah kata orang, bahawa kalau hendak belajar, bergurulah dari mereka yang pandai dan berkelayakan. Andaikata tersalah guru, sesatlah kita. Tujuan utama ialah untuk sama-sama berusaha mencari keredhaan Allah. Semoga hidup kita yang fana' ini sentiasa diredhai oleh Allah.

Sekian dulu dari saya. Insaallah saya akan bertemu lagi di masa-masa yang akan datang jika di izinkan .
                






 

Ahad, Disember 28, 2008

Salam perkenalan





Kuntong dan Leenoh beraksi untuk kenangan.
Salam perkenalan dari saya "Kuntong / Pak Ngah" untuk blogger "LEENOH" yang saya temui dalam satu majlis khenduri arwah bapa mertua, satu pertemuan yang tidak disangka. Semoga perkenalan ini berpanjangan serta dapat merapatkan tali silaturrahim sesama insan.

Terima kasih kerana sudi hadir. Kita banyak berbual tentang pengalaman kita masing-masing.
Oleh kerana waktu yang agak terbatas, kita tidak berbual panjang.
Anda orang utara, pernah bertugas di selatan dan saya pula orang selatan, pernah bertugas di utara, daerah Sik. Begitu banyak kenangan manis di sana. Begitulah resam dunia. Syukur kepada Allah SWT, kerana dengan pengalaman-pengalaman yang kita tempuhi, ianya dapat menambah pengalaman kita dalam banyak segi. Tentang alam sekeliling kita. Kita juga banyak berbicara tentang isu BLOG, tentang ini, saya memang kurang pengalaman, dan baru saja saya menceburinya.
Semoga Allah menguatkan keimanan kita, sihat tubuh badan dan fikiran kita. Semoga di halaman ini, kita sama-sama berusaha mengajak manusia ke jalan yang diredhaai oleh Allah SWT.
Sekian dari saya. Maaf zahir batin andai terkasar bahasa, dan layanan kurang memuaskan semasa pertemuan kita.


KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH HAMBA MENUMPANG MANDI;
KALAU UMUR KITA SAMA-SAMA PANJANG,
BERTEMU DAN BERSEMBANG-SEMBANG LAGI.




Wasallam.

Khamis, Disember 25, 2008

Pendatang Baru

Aku pendatang baru......


Aku pendatang baru,
Di dunia mu..yang serba baru,
Aku ingin jadi tetamu mu,
Aku ingin merasainya,
Walau diriku kini..agak lewat tikanya.

Terimalah daku
Walau diriku..........
dibarat rusa masuk kampung,
masih melilau, ke sana sini.

Tiada bertempat untuk berteduh.
terdedah dek panas mentari,
kesejukan dek hembusan bayu pagi. .

Ku perlukan pedoman,
ku perlukan bimbingan,
bawalah aku
walau dimana saja.
asalkan ku dapat,
mencari keredhaan Ilahi.



dari: kuntong