Ahad, Disember 28, 2008

Salam perkenalan





Kuntong dan Leenoh beraksi untuk kenangan.
Salam perkenalan dari saya "Kuntong / Pak Ngah" untuk blogger "LEENOH" yang saya temui dalam satu majlis khenduri arwah bapa mertua, satu pertemuan yang tidak disangka. Semoga perkenalan ini berpanjangan serta dapat merapatkan tali silaturrahim sesama insan.

Terima kasih kerana sudi hadir. Kita banyak berbual tentang pengalaman kita masing-masing.
Oleh kerana waktu yang agak terbatas, kita tidak berbual panjang.
Anda orang utara, pernah bertugas di selatan dan saya pula orang selatan, pernah bertugas di utara, daerah Sik. Begitu banyak kenangan manis di sana. Begitulah resam dunia. Syukur kepada Allah SWT, kerana dengan pengalaman-pengalaman yang kita tempuhi, ianya dapat menambah pengalaman kita dalam banyak segi. Tentang alam sekeliling kita. Kita juga banyak berbicara tentang isu BLOG, tentang ini, saya memang kurang pengalaman, dan baru saja saya menceburinya.
Semoga Allah menguatkan keimanan kita, sihat tubuh badan dan fikiran kita. Semoga di halaman ini, kita sama-sama berusaha mengajak manusia ke jalan yang diredhaai oleh Allah SWT.
Sekian dari saya. Maaf zahir batin andai terkasar bahasa, dan layanan kurang memuaskan semasa pertemuan kita.


KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH HAMBA MENUMPANG MANDI;
KALAU UMUR KITA SAMA-SAMA PANJANG,
BERTEMU DAN BERSEMBANG-SEMBANG LAGI.




Wasallam.

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Assalamualaikum.
Kuntong (Pak Ngah) memang betul-betul berhijrah dengan langkah yang tertib dan gagah. Syabas dan tahniah di atas penguasaan ilmu baru dan teknologi baru.

Insya Allah kita sama-sama gunakannya untuk kebaikan sejagat.

Wassalam.

KUNTONG berkata...

Waalaikum salam Saudara Leenoh:
Anda telah memberi semangat kpd saya, walaupun telah gagal seribu kali. Terima kasih.
Wasallam.