Jumaat, November 26, 2010

Kubur Di Kubah Masjid Nabawi.



Kubur Di Kubah Masjid Nabawi

SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.



Dipetik dari blog Kelab Greenboc.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%



Jumaat, November 19, 2010

Erti "KORBAN" yang sebenar.



Sesungguhnya hari raya korban atau hari raya Aidiladha membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, mengambil sempena Umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci, Mekah. Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian.
Pada hakikatnya, pengertian korban bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin, tetapi falsafah korban itu merangkumi aspek yang lebih luas.
Namun begitu dalam kehidupan hari ini, kita harus memahami erti pengorbanan dalam erti kata yang lebih luas.
Ini termasuklah pengorbanan antara seorang manusia dengan manusia yang lain dan secara individu, umpamanya pengorbanan isteri terhadap suami dan anak-anak, anak terhadap kedua ibu bapa, begitu juga ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak-anak tercinta.
Berkorban bukan sahaja membawa erti tentang kesanggupan seseorang itu untuk menyerahkan harta atau apa-apa yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan orang lain yang lebih memerlukan, tetapi lebih kepada kesanggupan seseorang untuk berbuat sesuatu untuk tujuan kebaikan.
Hidup adalah satu perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan.Tidak akan ada pengorbanan tanpa kesusahan.

Justeru kesediaan seseorang untuk melakukan pengorbanan termasuk wang ringgit, tenaga dan masa sekalipun, benar-benar menguji keimanan seseorang. Dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada individu-individu yang bersedia melakukan pergorbanan, pasti akan menjadi satu masyarakat yang kukuh, aman dan bahagia.

Semangat berkorban adalah tuntutan paling besar sama ada dalam lingkungan keluarga, masyarakat mahupun, agama bangsa dan negara.

(Rujukan dari Ukhwah)


Selasa, November 16, 2010

Melayan perasaan dengan lagu sentimental:

Ketulusan Hati.


Semoga terhibur.............................

Ahad, November 14, 2010

Buang angin dalam badan:


Kalau badan kita dipenuhi dengan angin, seperti kembung perut. Cuba amal baca THO HA(taha ayt 1) banyak dalam hati,insyaALLAH dalam masa 5 minit anda akan sendawa.Zikir ini boleh dibaca jika anda terasa badan diserang jin atau ada orang yang ingin menduga ilmu pada kita.Bila kita diserang jin selalunya kita akan rasa sesak nafas,sakit kepala dan terasa dihiris-hiris dgn pisau.