Memaparkan catatan dengan label wajah kesayangan hamba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wajah kesayangan hamba. Papar semua catatan

Isnin, Disember 07, 2009

Bertukar wajah:

Salah satu surat jemputan kahwin


Sebahagian dari surat jemputan kahwin dimusim cuti

Sudah beberapa hari saya tidak membuat N3, banyak sebabnya. Selain dari sibuk sendiri, disulami pula dengan jemputan kahwin dihari Sabtu dan Ahad. Saya rasa keadaan ini dialami juga oleh kawan-kawan yang lain. Blogger-blogger lain. Dihari cuti sekolah, sudah tentu banyak menerima jemputan baik dari saudara atau pun rakan-rakan. Kadang-kadang dalam satu hari sampai lima atau 6 tempat kena pergi, memandangkan semuanya kenal dan kawan, kita patut pergi sebagai menghormati majlis tersebut.


Wajah lama tetap dikenang

Hari ini "WAHNUAR" keluar dengan wajah baru. Setelah sekian lama menggunakan wajah yang lepas, maka hari ini cuba-cubalah pula dengan wajah yang baru pula. Semoga wajah baru ini dapat diterima oleh kawan-kawan semua. Siapa tahu mungkin wajah baru ini akan menambah lagi kenalan dalam alam maya ini. Mudah-mudahan.

ikhlas daripada:
Photobucket