Ahad, April 08, 2012

Memori yang dilupakan.




Aku tak mengerti
mengapa semuanya terjadi
dari bait-bait indah
memerangkap hati dan harapan.

Lalu terjalin ingatan 
tak terdaya tuk ku luputkan
sentiasa dalam rakaman
membalut kental 
setiap saat dan detik waktu.

Kini.........
kau sudah sesunyi ruang pusara
hitam pekat siang dan malam
persis sebuah makam-makam silam
memori yang dilupai sejarah
kerana detik waktu
yang memanjang.

Nukilan bersahaja : Pak Kuntong.
  

Tiada ulasan: