menuding ke arah kesalahan orang lain.
Memang susah nak cari orang yang mahu mengaku kesalahan diri sendiri. Kebanyakan dari mereka
akan menyalahkan orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri. Inilah tabiat yang sering menlanda umat manusia. Satu lagi ialah ada juga jenis manusia yang berkeras mempertahankan pendiriannya, walaupun sudah nyata bahawa pendiriannya itu salah. Yang pelikknya mereka ini mudah dipengaruhi dengan kata-kata atau kenyataan-kenyataan yang didengar dari orang-orang pujaan mereka. Menyalahkan orang lain, padahal diri sendiri pun tidak terurus dan dipenuhi dengan sifat-sifat keji. Sungguh pelik melihat gelagatnya. Kalau orang lain atau seterunya membuat sesuatu perkara, semuanya salah dan dikeji, tetapi kalau dia membuat sesuatu perkara yang sama, walaupun kecil, itu sudah cukup untuk menjadikan dirinya bongkak.
PELIK DAN MEMBINGUNGKAN.
1 ulasan:
Salam Bro Kuntong,
Apa nak dipelikan, manusia biasanya begitu, Selalu menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri sendiri...
Catat Ulasan