Hariraya Aidiladha 2011 jatuh pada hari Ahad 06.11.2011.
Seperti biasa, aku membuat persiapan dengan membersihkan kawasan rumah dan juga menambahbaik mana-mana yang perlu. Persiapan untuk memasak ketupat dan lauk pauk telah pun tersedia pada hari Jumaat petang. Menjelang Sabtu pagi, isteriku telah mula menganyam ketupat, dan menyediakan rempah untuk dimasak pada sebelah petang.
Menjelang pagi Ahad, semuanya telah siap dan tersedia. Anak-anak dan cucu-cucu semua ada bersama menjelang hari raya. Riuh rendah dan gurauan cucuku bagaikan hiburan untuk seorang datuk seperti aku. Aku gembira melihat keletah cucu-cucuku yang tidak boleh duduk diam, ada sahaja aktiviti yang dibuatnya.
2 ulasan:
salam aidil adha..
Sama-sama...sya pun begitu juga. Semoga kita sentiasa diberkati Allah SWT. Ameeennnn.
Catat Ulasan