Dari pengalaman dibeberapa tempat dan ketika, dapat ku simpulkan bahawa:
Barang bertutup jangan dibuka,
Takut terjatuh diatas titi:
Lirik mata dan memek muka,
Dapat kubaca isi dihati.
Padi bukit beras huma,
Makanan orang tidak bergigi:
Diriku ibarat barangan lama,
Tidak perlu dipakai lagi.
Tanam serai ditepi kota,
Serai wangi kota kediri;
Kalau sungguh bagai dikata,
Biar hamba mengundur diri.
Barang bertutup jangan dibuka,
Takut terjatuh diatas titi:
Lirik mata dan memek muka,
Dapat kubaca isi dihati.
Padi bukit beras huma,
Makanan orang tidak bergigi:
Diriku ibarat barangan lama,
Tidak perlu dipakai lagi.
Tanam serai ditepi kota,
Serai wangi kota kediri;
Kalau sungguh bagai dikata,
Biar hamba mengundur diri.
maaf zair bathin dan mohon dihalalkan semuanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan