Lempeng untuk sarapan.
Semasa aku masih bersekolah dulu, mak aku selalu buatkan sarapan lempeng, Lempeng ialah sejenis kuih yang dibuat dari tepung. Ianya adalah sejenis makanan /sarapan yang biasa dimakan oleh orang keturunan Jawa. Lempeng boleh dimakan dengan gula atau sambal tumis. Jika bahan ketika membuat lempeng ini ditambah dengan kelapa parut, jadilah ia lempeng kelapa. Makan dua atau tiga keping lempeng, boleh tahan hingga ke petang.
(di bawah ini cara membuat lempeng yang dipeik dari blog Maznah Damiri-Tq Maz)
bahan 1 cawan tepung gandum 1 1/4 cawan air 1 cht garam cara 1. Campur tepung, garam dan 1/2 bahagian air dalam mangkuk, gaul hingga x bergentel 2. Campur lagi baki air dan gaul hingga jadi adunan yang halus 3. Panaskan kuali, lenser sedikit minyak, setelah panas, masukkan 2 cenduk kecil adunan dan pusingkan kuali ikut arah bertentanggan jam untuk dapatkan sebaran adunan seperti lempeng dadar 4. Setelah tepi keliling lempeng agak longkah ( terjungkit) terbalikkan 1-2 minit dan
angkat. hidang kan bersama sambal tumis/ sambal cili padi/sambal telur/ikan masin.(di bawah ini cara membuat lempeng yang dipeik dari blog Maznah Damiri-Tq Maz)
bahan 1 cawan tepung gandum 1 1/4 cawan air 1 cht garam cara 1. Campur tepung, garam dan 1/2 bahagian air dalam mangkuk, gaul hingga x bergentel 2. Campur lagi baki air dan gaul hingga jadi adunan yang halus 3. Panaskan kuali, lenser sedikit minyak, setelah panas, masukkan 2 cenduk kecil adunan dan pusingkan kuali ikut arah bertentanggan jam untuk dapatkan sebaran adunan seperti lempeng dadar 4. Setelah tepi keliling lempeng agak longkah ( terjungkit) terbalikkan 1-2 minit dan
lempeng pisang.
6 ulasan:
zaman sekarang tak dipanggil lempeng,tapi 'pankek'. Area rumah, ada 1 kedai jual lempeng nyior..teramatlah laris sbb menu ni jarang2 org jumpa!
lama tak makan lempeng.. teringat arwah uwan den yg pandai buat lempeng yg sangat sedap hehe
Salam PK,
lama betol x makan lempeng nih! cicah sambal tumis ikan bilis lebeih..wowww! sedap...
lempeng kelapa sgt best! kan?
teratai : biarlah kita kekalkan nama tu, biar rasa macam melayu.
zino: bebudak zaman ni dah tak selera makan "lempeng " lagi. skrng dah ada mcm-mcm makanan yg di import dari barat.yg berselera org mcm kita ni lah yg masih suka. kih.....
........... jaja...bila mkn lempeng.....mak mertua lalu kat belakang pun x perasaan plak.
Catat Ulasan