Selasa, Oktober 05, 2010

Perjumpaan Keluarga "Haji Hassan Teruno"




Famili Keturunan Haji Hassan Teruno

Hanya sebahagian dari yang hadir dapat bergambar (terlalu ramai).

Satu perhimpunan cucu-cicit dan waris-waris Haji Hassan Teruno telah diadakan pada 02.10.2010 di Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Mengikut cerita dari waris-waris terdahulu, bahawa Haji Hassan Teruno ini berasal dari Daerah Kudus, Tanah Jawa. Nama penuhnya ialah Haji Hassan Anum Teruno Joyo Al Kudusi dan isterinya ialah
Nyai Kamirah Tubagus dari Daerah Demak, Jawa.

Semasa penjajahan Belanda di Tanah Jawa, Haji Hassan Teruno telah diminta oleh bapanya untuk berhijrah ke Tanah Melayu untuk menyelamatkan diri dari buruan penjajah Belanda. Dimaklumkan bahawa pada masa itu, pihak Belanda telah memburu dan cuba untuk menghapuskan semua keturunan raja-raja (dipanggil Pengeran ) dalam usahanya untuk menjadikan Indonesia sebuah negara republik.



Setelah meredah gelora dan ombak yang menggila di Selat Melaka, maka Haji Hassan Teruno, isteri dan tiga orang anaknya Haji Abd. Sallam, Haji Elias dan Haji Abd. Hamid mendarat di pengkalan kuala Kampung Mampan, Batu Pahat.

Dari saat itu, Haji Hassan Teruno dan keluarganya mula membina kehidupan baru di Kampung Mampan Batu Pahat, bersama isteri dan tiga orang anaknya. Dan bermulalah salasilah Haji Hassan Teruno di Tanah Melayu dan seterusnya hingga ke hari ini.

Masa terus beredar dengan pantas. Apabila Haji Hassan Teruno dan Nyai Karimah meninggal dunia, anak-anak Haji Hassan Teruno meneruskan kehidupannya di Kampung Mampan.

Diberitakan apabila bah besar melanda Kampung Mampan dan sekitarnya pada awal tahun 1920an, kehidupan orang kampung agak susah. Justeru Haji Abd Sallam berhijrah ke Parit Raja dan Haji Abd Hamid berhijrah ke kawasan Broleh. Hanya Haji Elias sahaja yang tinggal terus di Kampung Mampan.



Sekarang semuanya sudah tiada. Waris yang paling tua yang masih hidup sekarang (OKTOBER 2010 ) ialah seorang cucu Haji Hassan Teruno yang bernama HAJI ASMURI BIN HAJI ABD SALLAM yang tinggal di Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, batu Pahat. Umurnya lebih dari 100 tahun.

Haji Asmuri Bin haji Abd. Sallam
( Satu-satunya Cucu Haji Hassan Teruno yang masih hidup )

Hj. Asmuri Bin Haji Abd. Sallam ( Cucu Haj Hassan Teruno)
Gambar terbaru bersama isteri.Nyai Siti Rafeah yang telah meninggal.

Perjumpaan pada Hari Sabtu 02.10.2010 adalah perjumpaan dan perhimpunan yang pertama bagi Keluarga Haji Hassan Teruno.



Meja pendaftaran.

Tuan Haji Md. Anal Bin Haji Ali
Pengerusi.

Datuk Kamaruddin Bin Mad Desa, pencetus idea/penasihat perjumpaan.
(Menantu Haji Asmuri Bin Haji Abd Sallam).


Haji Mohd. Asnawi Bin Haji Asmuri (Cicit)
Setiausaha sambutan.

Majlis diserikan dengan syarahan dari "Keluarga Sakinah"

AJK Sambutan.

Haji Toher Bin Abd Samad. Cicit Haji Hassan Teruno.


Akhbar SINAR HARIAN hadir dan menaja akhbar.

Sebahagian dari cicit, piut Haji Hassan Teruno.

Berbincang sesuatu.

Cenderahati dari Datuk Haji Kamaruddin Bin Mad Desa.

Cenderhati cabutan nombor bertuah.

Cicit dan seterusnya membawa cenderahati.

Sebahagian dari keturunan Haji Hassan Teruno.
Jenerasi keempat dan kelima.

Keluarga dari Haji Hassan Teruno.

( Imej-imej lain boleh dilihat dalam album di FB "Wahnuar Anuar")

JIKA ANDA DARI KELUARGA HAJI HASSAN TERUNO, SUSURLAH DARI MANA SATUKAH
SALURAN ANDA ?











HAJI HASSANTERUNOHAJIHASSANTERUNOHAJIHASSANTERUNO



8 ulasan:

zino berkata...

tentu meriah tu
salam aidil fitri..

Maznah Damiri berkata...

tahniah kepada ajk yang merancang dan melaksanakannya. semoga dapat diteruskan pada tahun2 yang akan datang. tentu meriah, sayangnya saya x dapat hadir kerana ada urusan rasmi yg terpaksa dihadiri.

salam lebaran, minal aidi walfaizin, insaallah kita akan
berjumpa nanti

KUNTONG berkata...

sya pernah dnga nama DAMIRI ni, dan sya agak msti dari famili Hj Hassan Teruno.smoga persaudaraan ini di akrabkan lagi. Tq krna melawat blog ini. Smoga berhubung lagi.

Unknown berkata...

saya cicit hj elias, cucu hj suhaimi. sayang baru terjumpa blog ini, itupun baru diberitahu sepupu.... =) salam silaturahim.

KUNTONG berkata...

Tq kerana sudi buka blog ini. ( I'm going 2b a real Johorian now) anak siapa ?duduk di mana.Anak Kamaluddin ke, Miah ke......dan siapa-siapa lagi anak Nyai Nab lah...(Sbb masa saya SMC dulu saya tinggal dgn atuk dan nenek awak kat Pasir tinggi BP (somewhwrw behind TEN building now).
Sbb pada 21 NOvember 2010 ni kita akan buat gathering keturunan Haji Elias Tro ( di Kg. Batu Puteh) please do come...?
FB sya " wahnuar anuar"

Unknown berkata...

Pakcik, nama betul pakcik Wahid Anuar ke? Mak tanya :p

Saya anak Salmiah. Tentang 21hb tu, Insya-Allah kalau tiada aral =)

KUNTONG berkata...

Betullah tu. Kirim salam kat abah dan mak ya......

Maznah Damiri berkata...

Salam, t. kasih Cikgu Wahid paste gambar2 kuarga Hj Hassan Truno, alhamdullilah saya dapat mengenali saudara yg blum d kenali. minta izin saya simpan gambar2 tsb dalm blog saya yer.semalam saya terjumpa lagi blog anak abang saad tapi x sempat nak merayau jauh. saya akan cari lagi. bapa dulu selalu cerita ttg hj lias, panggilannya man lias stro...halwa maskatnya masya allah mmg sedap. org mampan & batu putih mmg terkenal pandai masak & bertukang, harap boleh dibukukan resepi kuarga utk tabung kebajikan kuarga.