Rabu, September 22, 2010

Di penghujung shawal.



Hujan senja pada 22.09.2010

xxxx


Hariraya 2010 telah 24 hari berlalu. Kini anak-anak, saudara-mara atau siapa saja
yang balik ke kampung untuk berhariraya, telah pun kembali ke tempat masing-masing untuk meneruskan kehidupan seharian. Kini, kampung yang dulunya sentiasa sibuk dengan kehadiran saudara mara serta jeritan dan sahutan gembira anak cucu telah sunyi kembali. Sesunyi malam yang tidak berbintang. Sekali-kala ada juga tetamu hadir, dan kita orang yang telah berusia ini mulalah keluar berhariraya ke rumah adik beradik atau saudara mara yang lebih tua.

Kalau ada umur, tahun hadapan gema takbir akan kedengaran lagi. Begitulah seterusnya hinggalah kita semua akan dijemput Allah untuk bersemadi buat selama-lamanya. Mudah2an kita semua akan sentiasa sihat walafiat, ditambahkan keimanan kita dan seterusnya dapat menunaikan segala perintah Allah. Aminnnnnnnnn !!


2 ulasan:

hamidmuhsin berkata...

begitulah roda kehidupan yang harus dilalui oleh setiap insan yang diberi nafas oleh Tuhannya dalam menyempurnakan kehidupannya di dunia. Apapun yang diturunkan, yang diberikan oleh Allah patut kita syukuri, dan apapun cobaan yang diberikan Allah kepada kita, sabar dan ketabahan adalah yang sepatutnya kita perbuat.
" La'in syakartum la azidannakum wala'in kafartum inna adzaabi laa syadid

zedmagel berkata...

Salam Bro,

Sedih pula membaca entry tuan kali ini. Begitulah syawal datang dan pergi. Riang dan kembali sunyi. Mudah-mudahan kita semua dalam RahmatNya jua....