Khamis, September 30, 2010

Sambutan Hariraya Balai Polis Pt. Sulong, BP.

Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Selepas solat Isyak, kawan-kawan ajak ke majlis "Sambutan Hari Raya Balai Polis Parit Sulong."
Dari apa yang saya lihat, sambutan dari masyarakat amat menggalakkan. Oleh kerana terlalu ramai yang hadir, meja untuk makan tidak mencukupi, saya dan kawan-kawan mencari satu sudut untuk menjamu selera sambil duduk di kerusi. Alhamdulillah, makanan yang disediakan amat banyak dan menyelerakan.

En Hamidon, Mr. Pentong dan En. Usuf beraksi selepas jamuan.

Beraksi dengan Pegawai-pegawai Balai.

Pentong pekena Soup Gearbox.

Tahniah kepada kakitangan balai, semoga di tahun-tahun hadapan majlis seperti ini
tidak dilupakan agar jalinan mesra diantara Balai Polis dengan masyarakat sekeliling
bertambah erat.

Penuh dan meriah

Sateh, diantara menu yang disediakan.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Syabash ! Kakitangan Balai Polis Parit Sulong.



2 ulasan:

farahfatihah berkata...

selamat hari polis!! hehehe

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Ah ah ye lah bab makan, bukan tahun depan boleh buat. Tiap-tiap hari pun boleh,janji per...... makin naik le badan bro tahun ni...