Ahad, Julai 04, 2010

kunang-kunang, bintang, bulan dan mentari.



Bila senja menjelang, suasana yang samar-samar semakin gelap gelita. Keluarlah
kunang-kunang berterbangan di sana sini. Kunang-kunang ini merasakan merekalah
yang menerangi bumi ini. Tetapi apabila bintang-bintang mula berkilauan di angkasaraya, si kunang-kunang dibaluti rasa malu. Bintang pula mendabik dada, konon dialah yang menyinari bumi ini kilauannya yang berkelip-kelipan.


picture of extreme star

Tetapi apabila bulan terbit dan muncul, serta memancarkan wajahnya yang berseri, dengan cahayanya yang tenang dan damai, bintang-bintang pula merasa malu. Rasa diri mereka terlalu kecil dan berasa terlalu kerdil. Sang bulan dengan bongkak mengatakan akulah penyeri alam ini yang sebenarnya, hinggalah dengan tiba-tiba muncul cahaya di kaki langit. Cahaya ini makin lama makin terang dan hingga akhirnya bumi ini cerah dengan simbahan cahaya sang mentari. Bulan lenyap begitu sahaja.


Begitulah peredaran alam yang banyak memberi pengajaran dan contoh kepada kita sebagai penghuni alam. Kita tidak seharusnya berasa terlalu bangga dengan apa yang ada pada kita, kerana semuanya adalah sementara sahaja, dan ia hanyalah pinjaman dan tanggungjawab
yang perlu kita jaga dengan berpandukan hukum-hukum yang telah diberi melalui quraan dan hadis. Apa yang paling tidak kita lakukan ialah mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah SWT dan melakukan segala apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang.
Sesungguhnya hanya Allah yang maha agung dan berkuasa di atas segala-galanya.
Semoga hidup kita sentiasa di dalam keredhaan Allah SWT.


Tiada ulasan: