Rabu, Jun 09, 2010

Laluan refleksi.




Lalauan "Refleksi" di Tasik Y


Mengikut kata pakar urutan refleksi, urutan cara ini akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lancar dan membetulkan kedudukan urat saraf kepada kedudukan sebenar. Ini adalah juga menjelaskan mengapakah orang yang biasa mengamalkan urutan refleksi ini sangat mengambil berat tentang penjagaan kaki.

Bagi kita yang jarang-jarang berjumpa dengan pakar urutan cara refleksi ini, biasanya akan membuat urutan cara sendiri, iaitu berjalan di laluan refleksi. Walaupun ianya tidak 100% seperti yang dibuat oleh pakar, akan tetapi sekurang-kurangnya dapat juga melegakan beberapa "sakit-sakit" dibadan kita.

Justeru untuk beberapa ketika saya telah membuat beberapa " perjalanan" di laluan refleksi yang terdapat di Tasik Y Batu Pahat. Apa yang saya lihat, memang ramai yang membuat perjalanan itu disebelah pagi, terutamanya orang-orang yang sudah berumur dan kebanyakkan dari mereka adalah dari orang Tionghua.

Siapa yang hendak mencubanya, bolehlah datang ke tempat tersebut. Siapa tahu, kot-kot sembuh dengan usaha ini. Insaallah.



Suasana di Tasik sebelah pagi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penah 2x jln kat Batu refleks ni. Lepas abes pijak segala mala batu2 tu rasa kebas2 pulak tapak kaki kematu ku ini...

tp mmg rasa sedap badan lps tu.
sakit tetap terasa....

ouchh!

Hunny berkata...

Wak Kuntong,

Ada orang kata, kalau kita pijak batu2 tu, kaki rasa sakit2, ada penyakit. tak tau la betul tak.. Saya pernah jugak try kat Tasik Shah Alam. Best jugak.. :)

KUNTONG berkata...

Jaja: kalau sakit memang kita ada penyakit lerrr tu.

Hunny : Buat lah selalu, Insallah, nnti badan jadi slimmmmm, barulah .....................