Sejuk perut ibu bila anaknya berminat menjadi tahfiz alquraan.
Affif Bin Yais dari Pontian Kecil
Dalam satu majlis bacaan Yassin dan tahlil di rumah kawan di Banang Height Batu Pahat, pagi tadi,saya dapati majlis itu dihadiri dan di kendali oleh pelajar-pelajar Kelas Tahfiz Al quraan Darul Toba, Kampung Dalam Peserai Batu Pahat.
Majlis Tahlil dan bacaan Yassin
Saya sangat kagum melihat pelajar-pelajar semuanya berkopiah dan berserban. Seorang pelajar dari Pontian Kecil, Affif Yais sudah menghafal al quraan 10 juzuk dan mula belajar di situ semenjak setahun yang lalu.Mudah-mudahan ini menjadi contoh kepada semua remaja agar mempelajari al quraan dan tafsirannya agar menjadi seorang pemuda yang beriman dan bertakwa. Aminnnn.
Sebelum majlis
Diantara komen-komen kawan-kawan dalam FB:
Shah El-Anuar Al-Jauhary
alhamdulillah . . . . . . . Apabila ada salah seorang daripada ahli keluarga yang menghafaz Al-Quran maka berbahagialah keluarga itu dan peliharalah dia dengan sebaiknya kerana seorang hafiz akan membawa 10 org ahli keluarganya masuk terus ke syurga
4 ulasan:
mmg sejuk le.. bg kita bukan mudah kan nak hafal tp nk jadi tahfiz perlukan juga bersih hati
salam..
memang sejuuuuk je mata memandang dan mendengar alunan bacaan budak2 tahfiz ni...
salam wak,
sejuk hati melihat wajah2 mereka ini.. semoga mereka berjaya hafaz alquran dan mengamalkannya.. :)
alhamdulillah, berjaya terus berjaya
Catat Ulasan