Rabu, Mac 10, 2010

Punca cerai ?


Kalau anda ada membaca akhbar Utusan Malaysia Selasa 9 Mac 2010, di muka surat 6, anda tentu terbaca satu tajuk "Gemuk, busuk punca cerai".

Gemuk, busuk punca cerai
KUALA LUMPUR 8 Mac - Tubuh badan yang gemuk dan berbau busuk serta tidak menjaga keterampilan diri semasa hendak melakukan hubungan seks merupakan antara faktor yang menyebabkan berlaku penceraian di negara ini,
kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Beliau memberitahu, kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) terhadap suami atau isteri yang bercerai mendapati faktor tersebut merupakan perkara utama mengapa mereka bercerai selain daripada masalah kewangan dan sikap pasangan masing-masing.

''Masalah ini bukan sahaja tertumpu kepada wanita tetapi juga kepada lelaki yang dilihat tidak menjaga diri seperti buncit, tidak memberus gigi, mulut berbau busuk dan pelbagai lagi kekurangan dari segi fizikal yang menyebabkan isteri tidak tahan atau tidak dapat menerima

******************************************************************************************

SAYA TIDAK MAHU KOMEN APA-APA, KERANA INGIN MENELITI KOMEN DARI RAKAN-RAKAN DAHULU.

Ruang iklan khas: (Belilah beli minyak wangi cap Pokok Pisang) jangan terbeli minyak attar sudah ler.

Pilihlah yang mana satu

Semuanya akan selesai !!!!!




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau bukan suami isteri pun, ngan siapa2 jer la, kite pun tetap x suka dekat dengan org yang badannya berbau busuk. logik la tuh;)

Ivy Metaga berkata...

kdg2 kesian juga kat mereka yg berbadan besar nih..

farahfatihah berkata...

salam pkcik...
kita kena pandai jaga diri kan walau pun dah kahwin

Maiyah berkata...

kene le pndai jaga

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Dah dah tau gemuk mmg la cepat berpeluh. Kalau dah tau kuat berpeluh..beli la minyai wangi 2 atau 3 tempayan tiap-tiap bulan.

zedmagel berkata...

Salam Bro,

Bau badan ada penyelesainya, guna minyak wangi atau mandi terus dengan air limau kasturi atau limau purut setiap hari. InsyaAllah jika dizinkan.