Jumaat, Mac 12, 2010

Hari ini hari Jumaat 12.3.2010 / 26 Rabiulawal 1431.
Tetapi mengikut kalender Jawa hari ini hari Jumaat Wageh. Jenjemnya (kiraannya) 10.
Hari Jumaat di kira (6) dan wageh dikira (4), jadi 10.

Kata orang kalau nak membuat apa-apa urusan atau memulakan langkah untuk sesuatu kerja biarlah dimulakan sebelah petang (selepas waktu solat Jumaat). Tetapi ini bukanlah satu kepercayaan yang mesti diikut. Ia hanyalah satu ketetapan untuk membuat permulaan yang baik dan positif. Walau bagaimana pun Hari Jumaat memang istemewa bagi yang sudah berumahtangga. KENAPA ? Jangan tanya saya. Saya pun dengar dari kawan-kawan.
Tanyalah dia.
Dalam Islam Hari Jumaat memang istimewa, kita disuruh menambahkan ibadat. membanyakkan selawat ke atas Junjungan Nabi kita Muhammad SAW.

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.


ikhlas daripada:
Pak Kuntong.

4 ulasan:

Temuk berkata...

Salam Pak Kuntong
Tahun lepas bila ke Jogja saya dapat satu kalendar yg di dalamnya ada haribulan biasa, Islam & Jawa. Menarik! Malam Jumaat tu istimewa utk pelbagai aktiviti. Jika ikut komuniti Jawa, Jumaat berapa haribulan yg paling istimewa, Pak Kuntong? Kesuwun & ceria selalu!

KUNTONG berkata...

Sedara Temuk:
Mengikut pendapat saya hari Jumaat yang istemewa ialah pada Jumaat Keliwon. Jenjemnya 14, yang paling besar dalam kiraan hari dan pon keliwon. Jumaat keliwon yang akan datang ialah pada Jumaat 2hb April, 2010, atau pada 17 Rabiul Akhir 1431.
Begitulah pendapat saya. Tema kasih. (Acah aja tu Encik Temuk)kalau anda apa-apa maklumat berilah saya pengetahuan tentang itu.Tq.

Dee berkata...

mlm jumaat slalu tgk citer hantu je..hihihi..

Temuk berkata...

Sdr Kuntong
Terima kasih di atas maklumat itu. Saya langsung tak tahu apa-apa mengenai kalendar Jawa. Cuma pernah terdengar orang dulu-dulu kata, Jumaat (Jemuah) keliwon itu hari yg keras (angker) & kita disuruh berhati-hati semasa membuat sebarang kerja pada hari tersebut. Tapi ini hanyalah satu kepercayaan.... Salam bahagia.