Ahad, Mac 21, 2010

"Dome of Colour" di kaki langit.

Ketika aku balik dari bandar Batu Pahat pada petang Ahad 21.3.2010 aku berkesempatan merakam beberapa imej pelangi yang sungguh indah. Walaupun pelangi adalah satu fenomena alam yang biasa, tetapi aku rasa pelangi pada petang itu sungguh berlainan, kerana warnanya sungguh cerah sekali. Aku lihat pelangi itu seolah-olah seperti dome yang amat besar di kaki langit.
Sungguh indah ciptaan Allah.


Pelangi adalah salah satu fenomena optik yang terjadi secara alamiah dalam atmosfir Bumi kita.





. Kita hanya biasa melihat pelangi maksimam hanya setengah lingkaran. Untuk melihat pelangi utuk satu lingkaran, maka kita harus berdiri di tempat yang lebih tinggi.

Lirik Lagu ” Meniti Pelangi “
Artis
” Andien “

Hari Datang dan Pergi
Terus Melintas Sepi
Tanpa Matahari

Semua Yang Telah Ada
Dalam
Pelangi Jiwaku
Kini Musnah Sudah

Tak Ada Lagi Kisah Asmara
Tak Ada Lagi Senyumanmu
Tak Ada Lagi Tatapan Cinta

Kuyakinkan Diriku
Kau Takkan Kembali

Ku
Meniti Pelangi
dan Kuarungi Misteri
Tanggalkan Mimpi

Kuingin Mencari
Kedamaian Yang Abadi
Di Hati ini




Lihatlah rakaman the:
"Dome of Colour"
video


6 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

saya ada di Semerah waktu ini...cantik dan terima kasih kerana tolong ambilkan gambar ini.

maiyah berkata...

cntik..

KUNTONG berkata...

amirhamzah:
begituler kerja sebagai "atokrazzi" bukan paparazzi, ke sana sini bawa hp buruk dan kurang clear gambarnya.Namun ku buang semua rasa maluku untuk terus jadi otai razzi atau atuk razzi. keh...keh....

KUNTONG berkata...

maiyah:
Ya Maiyah ! Begitulah kekuasaan Allah yang maha pencipta.Keindahan alam yang penuh dengan rahsia. Kekadang benda-benda yang kurang elok atau buruk pun penuh dengan rahsia dan tetap ianya mempunyai hikmah yang kita sendiri tidak mengetahui atau sengaja tidak ambil tahu. Allah huakbbar.

Temuk berkata...

Salam Kuntong
Gambar video pelangi itu cantik & lebih nampak rupa kubahnya. Kalau difikirkan, tentu di sebalik kejadian yg begitu unik itu ada tujuannya. Maha mengetahui Penciptanya.

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Pelangi yang berbagai warna sangat indah. Tapi begitu sukar untuk saya tafsirkan makna keindahannya.