Teh tarik, roti bakar dan kehidupan Melayu.
Setelah pekena teh tarik dan roti bakar di RR Machap, kami teruskan perjalanan ke BP.Perbualan yang terhenti disebabkan kami minum di RR, diteruskan. Banyak topik yang dibualkan. Dari topik yang ada kaitan dengan politik negara kepada topik yang ada kaitan dengan kehidupan orang Melayu dari zaman mula merdeka hinggalah masakini.
Perjalanan dari RR Machap ke destinasi kami di BP tidaklah lama. Ini amat berbeza kiranya perjalanan ini dilakukan pada waktu siang atau pun di awal malam. Diwaktu lewat malam jalan dari Air Hitam ke BP tidaklah sesibuk seperti di waktu siang yang sentiasa dipenuhi dengan kenderaan yang menyebabkan kesesakan jalanraya. Kami sampai di transit BP pada jam 3.00 pagi. Setelah perbualan ringkas dan berjanji untuk meninjau pula satu lagi mesyuarat di Kluang pada hari Ahad 21.02.2010 kami meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing.
1 ulasan:
Salam Bro,
Apa perbualan yang paling menarik dalam perjalan anda. Pengisahan tentang kehidupan Melayu Islam yang akan datang kah?
Catat Ulasan