Walaupun hanya sekadar hiburan,tetapi bila kita terdengar atau sengaja mahu mendengar lagu dan iramanya serta menghayati senikatanya, ianya amat-amat menyusuk jiwa dan kalbu.
Setiap bait dalam lagu ini disusun begitu indah dan ianya amat bertepatan dengan suasana lagu dan ceritanya. Kemungkinan ianya ada hubungkait dengan perjalanan hidup kita suatu ketika dulu.
putus sudah, kasih sayang, ikatan asmara hancur berderai-berai,apakah salahku, apakah dosa, kau runtuhkan, jambatan asmara...sampai hati, dikau pergi, tinggalkan padaku racun berbisa, membara di dada, oh ! membakar dihati, hingga kering layu berdebu.
ikhlas daripada:
7 ulasan:
sesuai utk org yg putus cnta ni
huiihhh! baru putus cinta kalau dgr lagu ni.. memang tgkap leleh laa.. huhu
lagu lama mmg best..slalu gak dgr klasik.fm..
Salam Bro Kuntong,
Lain macam je N3 kali ni. Lagu tu memang sedih, tapi tangkap lama le bro..takut jadi sepi..
untuk kawan-kawan:
maiyah,ReD,Dee dan Zed, sesungguhnya hidup di dunia tak semuanya indah.Dalam kehidupan yang diumpamakan sebagai belayar dilautan yang luas, keadaan laut tidak sentiasa tenang. kekadang kita terpaksa mengharungi gelombang dan menempuh angin ribut yang kekadang menghalang ketenangan sesebuah bahtera yang belayar.dalam mengharungi situasi ini. kekadang kita akan tenggelam dan hilang ditelan ombak yang tidak mengenal mangsa.
melodi & lirik yg indah, berbekas di hati
salam Wak Kuntong,
Wah! LAma saya tak singgah, dah semakin chantek blog wak kuntong ni... :)
Catat Ulasan