Isnin, Januari 04, 2010

Wakaf Al Mampani

Cerita tentang wakaf dan Otai Bloggers.

Maaf semua, sebenarnya saya upload gambak-gambak di bawah ni dalam suasan kesibukan nak pergi ke bandar Batu Pahat dengan tujuan "ngeteh" dengan ROUSLENS dan ZEDMAGEL. So saya pun upload dengan cepat sebab cucu saya yang di KL nak tengok "pondok ' tu. Itu sebab tajuknya "tengok imej dulu, cerita nanti" Lucukan ?

Selepas saja siap upload, saya pun terus ke bas stand lama berjumpa dengan dua orang otai blogger yang sudah lama menunggu. Iaitu Zed dan Rous.

Dimaklumkan bahawa Zedmagel dah balik ke tanah air selepas selamat menunaikan fardu haji dengan ayahandanya. Sekarang beliau bergelar Haji Zedmagel. Dan semasa saya berbual-bual dengannya malam tadi, kelihatan cahaya di raut wajahnya. Seolah-olah beliau masih teringat-ingat Mekah dan Madinah serta Kaabah. Teknik percakapannya pun dah ikut loghat orang Mekah dan Madinah. Perkataan "halal, haram, sahi, Syukran,rial dan lain-lain masih lagi digunakan. Baguslah Tuan Haji Zed, semoga anda dan ayahanda mendapat haji mabrur. Amin.

wakaf almampani.

persiapan taman bunga dikelilingnya belum dibuat lagi


(maaf, imej kurang memuaskan)

Tentang "Rouslenz" tu, diberitakan bahawa beliau kena tukak kerja di HQ diJohor Baharu. So sudah tentulah kita orang jarang-jarang bertemu kerana jarak antara JB dan BP adalah lebihkurang 140km. So, malam tadi kira-kira kita orang buat tea-party perpisahan sementara.
Tentang seorang lagi otai ia-itu saudara Amirhamzah tidak dapat hadir kerana beliau sibuk dengan satu program NGO yang akan diadakan pada hari Ahad 17.1.2010 ni.
Kabarnya beliau ada meeting sana, dan meeting sini. He's quiet busy you know.
front view,belum sempurna 100%.

Cerita tentang "wakaf al mampani ni, sebetulnya memang dah dirancang lama dulu. Tetapi oleh kerana kesibukan, barulah sekarang dapat dibuat. Hingga kayu-kayu bahan yang dahulu pun jadi reput dan dimakan oleh anai-anai. Syukurlah dengan kecekapan tukang yang membuat pondok ni, ia dapat disiapkan dalam masa tiga hari. Langkah seterusnya ialah mengecat. Tetapi akan dibuat dalam masa terdekat. Kerana sekarang memang amat sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang tidak dirancang.


side view

Si cantik manis:



ikhlas daripada:
Photobucket



15 ulasan:

maiyah berkata...

tmpat rileks ke tu

rouslenz berkata...

mlm2 tido sini pn ok...sejuk

Leenoh berkata...

Salam.

Nanti bila ada masa ana pi cuba...

neezareef berkata...

dah siap!!!!..bleh lepak2 pekena kopi O panas ngn jemput2 atau ubi rebus...

cpt gak siap..

J@J@ / Bini The Rock berkata...

Jom ngetehhhhhhh beramai2....

hehehehehhehe..........

KUNTONG berkata...

memang tempat releks dn lpas tension ler Maiyah.

KUNTONG berkata...

mlam boleh tido, tapi kata org ada hantu pocong jantan kat kawasan ni. eeee takut....

KUNTONG berkata...

Sdr Leenoh:
La ni hang kat Kluang, boleh mai Mampan, pekena kopi O kat wakaf.

KUNTONG berkata...

U dekat, bleh ler...mai...boleh relaks kat situ sama famili.

KUNTONG berkata...

Jaja:

Boleh...apa salahnya, kalau sudi.

ummi humaira berkata...

salam ..
santai petang2 sambil minum kopi n lempeng panas , sedap tu , berangin lak .

KUNTONG berkata...

ummi humaira:
memang betul tu ummi. pekena kopi o dengan lempeng kelapa memang cun....melecun.

Syah_Putra berkata...

Ya Allah berilah hamba mu ini kelapangan masa nak melepak kat wakaf al-mampani ni, cantik nampak nyer............

KUNTONG berkata...

Syah Putera:
Mudah-mudahan doa anda di makbulkan dan cepat dapat jodoh yang sesuai, jangan asyik nak membujang aja.

zedmagel berkata...

Salam Tuan Hj Kuntong,

Wah cantik dan berangin nampaknya wakaf tu. Nanti bila senang2 boleh melepak kat situ. Berap kos membuat sebuah wakf begitu? Rasa macam nak buat satu kalau ada duit. He he...