Rabu, Januari 20, 2010

Pondok Orkid ku

Pondok orkid terbina juga akhirnya

diawal pembinaannya

Setelah sekian lama tertangguh, akhirnya terbina juga pondok orkid seperti imej-imej yang dipaparkan. Walaupun pondok ini tidaklah sehebat mana, tetapi bagiku ianya merupakan salah satu usaha yang dihasilkan dengan tanganku, walaupun ianya tertangguh-tangguh dek diselangselikan dengan kerja-kerja masyarakat yang terpaksa aku hadiri atau libatkan diriku.


masih dalam proses pembinaan

Aku bukanlah seorang ahli tukang, sudah tentulah agak sukar untuk membina satu pondok yang
sempurna dan kuat. Tetapi berkat penelitian dan pemerhatian, dapat juga ianya didirikan.

koleksi orkid berpasu ditempatkan disini.

imej secara dekat

di sinilah aktiviti isteriku setiap pagi dan petang. menjenguk, membelai, memandikan dan diberi baja setiap minggu. manakan dapat dipisahkan antara wanita dan bunga. kaum wanita membelai pokok hingga berbunga. dan bila dah berbunga, lantas datanglah sang kumbang menyuntingnya.
sudah menjadi lumrah alam kan ! wanita dan bunga....bunga disunting oleh sang kumbang. bila madu dah habis...sang kumbang terbang jauh untuk mencari sekuntum bunga lain untuk dihisap madunya. salahkah andaikata sang kumbang sebegitu sikapnya ? dan bolehkah kumbang dan wanita dipisahkan ?
apakata wahai kuntum-kuntum bunga sekelian ?





ikhlas daripada:
Photobucket

7 ulasan:

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Alahai cantiknya pondok dan pokok okid tu. Nanti kalau dah banyak saya minta dua tiga pasu boleh?

Gazebo dah sapu varnish tak? warna apa? Mesti cantik kan....

KUNTONG berkata...

Apa salahnya kalau berhajat. Datang ler...Pondok disapu dengan minyak unta. Nak pakai bedak wangi Avon... x ada dijual dipasaran. he...he....

TuYa berkata...

banyak nye koleksi bunga orkid tu..
lpas ni x de sesat2 dah kalau nak g umah PK..
nampak mcm nursery bunga tu,rumah PK la tu kan..heheheh

Maiyah berkata...

wah.. orkid mmg ada mcm2 jenis n cntik2 gak

Tanpa Nama berkata...

klu saya dpt kumbang yg reti nak hisap madu lps tu pegi cari madu lain bila madu tlh habis...mmg saya tenyeh2 kumbang tu sampai lumat..lepas tu saya pijak2 dia kasi penyek! sampai tak tau mana kedudukan idung, mata & mulut...

apemacam PK? orait tak pendapat sya??

heheheh....

A person on Earth berkata...

sama minat la kite.....ku paling sayang orkid harimau....hak3

Mak Su berkata...

kumbang bunga dan wanita adalah linked :)