Isnin, Januari 18, 2010

Dua dalam satu

Majlis ramah mesra dan mesyuarat agung Tahunan PKKKNJ.

Hari ini 18hb. Januari 2010 saya menghadiri dua majlis. Jam 9.00 pagi majlis mesyuarat agung tahunan Persatuan Ketua-ketua Kampung Negeri Johor, di Dewan Jubili Intan Batu Pahat. Majlis dirasmikan oleh YB. Dato' Ahmad Zahri Bin Jamil, Exco Negeri Johor. Sebelah petang, majlis taklimat dan ramah mesra di antara Encik Ibrahim Bin Aris, Ketua Polis Daerah Batu Pahat dengan Imam-imam masjid Batu Pahat dan Ketua Gereja-gereja Batu Pahat.

Imej-imej di sekitar Majlis Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Ketua-ketua Kampung Negeri Johor

YB. Dato' Ahmad Zahri Bin Jamil merasmikan mesyuarat agung Tahunan

Hadirin terdiri dari Ketua-ketua kampung Negeri Johor

Asyik mendengar ucapan perasmian


Imej-imej di sekitar majlis ramah mesra Ketua Polis Batu Pahat dengan Imam-imam
dan Ketua-Ketua Gereja Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat bersalaman dengan setiap para hadirin.


Mendekati orangramai dan beramah mesra adalah satu cara
yang patut dipuji.

Satu usaha Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang patut dicontohi.

Diantara yang hadir

Sambutan hangat dari imam-imam.

Menyambut tetamu dengan senyuman.

Keamanan dan keharmonian rakyat adalah penting dalam sesebuah negara.



3 ulasan:

Temuk berkata...

Salam sdr Kuntong
Gambar2 yg menyeronokkan! Usaha pihak polis itu memang baik sekali. Semua orang amat tahu, tanpa keamanan, negara tak boleh buat apa2 atau menuju ke mana2. Bagaimana agaknya interaksi para imam dgn ketua2 gereja dlm majlis itu? Apalah agaknya yg mereka bincangkan? Kesewun.

zedmagel berkata...

Salam Bro,

Apa hal awak cover cerita perhimpunan Ketua Kampung? Awak bukan ketua kampung kan?

Saya pelik awak ni apa2 majlis pun ada. Tentu awak seorang wartawan. He..he..betul...

KUNTONG berkata...

Setiap majlis semua ada...wartawan otai macam ahli peniaga Husin Lempoyang dalam tiga abdul...keh...kehhhhh.