Selasa, Disember 15, 2009

Wau ! Jual manusia lebih untung....

Penjualan bayi:
Keratan akhbar metro
Apa yang terjadi kepada sebilangan manusia pada zaman sekarang. Nampaknya aktiviti jual-beli manusia sudah mula di negara kita.



Dalam akhbar-akhbar hari ini disiarkan tentang penjualan bayi. Bayi dibeli dengan harga RM2,000.00 dan dijual lagi dengan harga RM20,000.00. Nampaknya fenomena yang terjadi pada zaman dahulu sudah mula berbalik. Kalau dahulu manusia di jual sebagai hamba tetapi sekarang manusia menjual bayi .

Saya masih teringat dalam satu episod filem Allahyarham Tan Seri P.Ramlee iaitu filem "Tiga Abdul". Rupanya apa yang digambarkan dalam filem itu terjadi di akhir zaman ini.

Mudah-mudahan kita manusia dapat kembali ke jalan yang di redhaai oleh Allah SWT. Dan mereka yang terlibat dalam penjualan bayi itu dapat diberkas dan dihukum dengan sewajarnya.


"dunia dunia meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta"

urusan jualbeli hamba diantara Saudagar Husein Lempoyang
dengan Saudagar Jamal Pak Tongkol

Husein Lempoyang saudagar unta dari Cairo ketika menjual manusia(hamba)
kepada Saudagar Jamal Pak Tongkol.
"Wau...! dunia-dunia...rupanya meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta."
dialog dari filem Tiga Abdul .

ANAK ADALAH AMANAH ALLAH KEPADA IBUBAPA




ikhlas daripada:
Photobucket

9 ulasan:

Dee berkata...

byk citer p.ramlee...dh ada pd zaman skrg..terer betul p.ramlee tu ye..ni mesti sbb si belalang..

Maiyah berkata...

kalo kat mesia ni bg org yg dok asyik nk mmbuang ank tu bleh gak jual kat kapel yg nk bela tapi haru gak kalo jual kat org yg salah huhuu

sumanya tak kene.. sian bayitu

Tanpa Nama berkata...

manusia....

Khas Lysha berkata...

bila hidup dah xde aturan mcm ni lah jdnya.. semakin lama manusia semakin zalim.. nauzubillah..

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Teringat kisah Nabi Yusuf (a.s.) yang dijual kepada suami Zulaikha. Jual-beli manusia sudah berlaku sejak ribuan tahun dahulu. Selagi ada pembeli, adalah penjual.

Leenoh berkata...

Salam.

Dalam ilmu mantiq manusia itu dikatakan " hayawaanun natiq" ( binatang yang boleh bercakap ).

Tentulah akal dan iman kepada Allah sahaja yang membezakannya.

Kalau tidak maka binatanglah mereka itu.

attyfir berkata...

mcm3 hal dunia..org pun leh buat bisnes..

Temuk berkata...

Salam
Tentu ada yg kutir kalau2 nanti ada pula nanti orang kahwin poligami dgn cara sah, tapi dgn tujuan dapat anak yg ramai utk dijual. Mustahilkah ini? Semoga dijauhkan dari berlaku.

Mak Su berkata...

hhhmmm, adakah depa ni ala-ala tiada perasaan? eh..! entahlah :(